Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghubungi pemimpin Amerika Syarikat dan China untuk menyatakan komitmen Malaysia bagi menyelesaikan isu Laut China Selatan.
Bagi tujuan itu, Hishamuddin berkata beliau akan membuat panggilan kepada Menteri Luar China, Wang Yi, pada malam ini dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo esok, antara lain untuk membangkitkan isu berkenaan kepada kedua-dua pemimpin terbabit.
"Malaysia tidak sepatutnya diheret dan terperangkap dalam geopolitik pertimbangan kuasa besar dan perlu berusaha mengelakkan sebarang insiden tidak diingini di perairan itu, termasuk pertembungan ketenteraan di perairan oleh mana-mana pihak.
Malaysia sejak dahulu lagi sentiasa komited untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang bersesuaian," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata isu tuntutan sempadan maritim di Laut China Selatan tidak boleh disalahgunakan sebagai punca untuk memecah-belahkan negara-negara ASEAN.
Beliau berkata dalam menghadapi kuasa besar, ASEAN harus bersatu padu sebagai sebuah blok supaya segala kekuatan bersama dapat diterjemahkan secara efektif.
"Jika kita terikut-ikut naratif dan tekanan kuasa besar, potensi untuk negara-negara ASEAN cenderung dan memihak kepada negara-negara tertentu adalah tinggi," katanya.
Katanya, harus diingat bahawa isu Laut China Selatan bukan hanya dengan negara China, tetapi terdapat tuntutan bertindih dari negara-negara jiran iaitu Filipina, Vietnam dan Brunei.
"Kalau sekiranya negara ASEAN berpecah, jangan haraplah ... kalau kita Malaysia sendiri tak dapat berdepan dengan China dan Amerika Syarikat.
Peluang terbaik kita ialah supaya ASEAN menjadi padu dan sebab itu dalam menyelesaikan isu ini dengan China, kita juga perlu memastikan solidariti ASEAN ini kukuh dalam satu blok untuk berhadapan dengan kuasa besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020

Hishammuddin berkata isu Laut China Selatan bukan hanya dengan negara China, tetapi terdapat tuntutan bertindih dari negara-negara jiran iaitu Filipina, Vietnam dan Brunei.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.
Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai pada Isnin malam.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.