PENDANG: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mengesahkan bahawa Hospital Pendang akan memulakan operasi sepenuhnya pada bulan September tahun ini mengikut jadual serta pelan yang ditetapkan.
Menurutnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, pengoperasian itu akan mengakhiri penantian hampir 20 tahun penduduk di daerah itu bagi menerima sebuah hospital.
Ianya juga jelas beliau, akan dapat mengurangkan bebanan penduduk di daerah Pendang dari segi kos perjalanan, untuk berulang-alik ke hospital di daerah lain bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
"Saya ingat kalau tidak salah saya (sebelum ini) tiga kali sudah perasmian perletakan batu asas, batu itu pun hilang (dan) diletakkan semula (namun) bangunan tidak naik-naik.
"Jadi pada bulan Jun ini (dijangka akan ada penyerahan), (sebab) sekarang sudah sampai 99 peratus siap, dan hanya tunggu peralatan untuk penuhi spesifikasi (sebuah hospital seperti) yang ditentukan.
"Kalau mengikut maklumat, bangunan ini hampir 100 peratus dan pada bulan Jun kita akan adakan majlis perasmian atau penyerahan untuk digunakan pada bulan September 2022, makna operasi akan (bermula dan hospital) digunakan sepenuhnya pada September)," katanya.
Awang berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER di Dewan Cenderawasih, Pendang pada Sabtu.
Projek pembinaan hospital yang terletak di Kampung Banggol Pauh itu mula diumumkan pada 2004 namun menghadapi pelbagai krisis sebelum ia akhirnya mula dilaksanakan pada Disember 2018.
Hospital yang berkeluasan 17 hektar dengan jumlah 126 katil itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 120,000 penduduk di daerah berkenaan.
Pada Julai 2020, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa pembinaan hospital berkenaan pada ketika itu telah disiapkan kira-kira 30 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, beberapa kekangan yang berlaku termasuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan berkenaan telah menyebabkan tarikh pengoperasian lewat berbanding tarikh rancangan asal.
Abdul Hadi Che Awang
Sat Feb 12 2022
Hospital yang berkeluasan 17 hektar dengan jumlah 126 katil itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 120,000 penduduk di daerah berkenaan. - Foto Astro AWANI
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hospital Pendang akan beroperasi 15 Februari 2023 - Menteri Kesihatan
Penantian lebih 20 tahun penduduk daerah Pendang untuk memiliki sebuah hospital akhirnya menjadi kenyataan.
Hospital Pendang akan beroperasi September 2022- Awang
Pengoperasian itu akan mengakhiri penantian hampir 20 tahun penduduk di daerah itu bagi menerima sebuah hospital.