PUNCAK ALAM: Hospital Pengajar Universiti Teknologi MARA (HPUiTM) Puncak Alam di sini yang dibina dengan kos RM599 juta akan mula beroperasi secara berperingkat mulai 5 April depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata bangunan hospital sepuluh tingkat yang dibina di atas tapak seluas 11.33 hektar sejak 11 April 2017 itu mempunyai kapasiti 400 katil; 98 klinik pakar; 17 dewan bedah; 17 wad, 16 mesin dialisis serta fasiliti pembelajaran yang dapat menampung sehingga 750 pelajar, pada satu-satu masa.
Noraini berkata hospital pengajar bukan sahaja dilihat sebagai pusat penyebaran ilmu perubatan, malah turut berfungsi sebagai hospital biasa yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta pada masa yang sama menjadi pencetus kepada usaha mewujudkan inovasi dalam bidang sains dan perubatan.
"Justeru, kerajaan berharap dengan adanya HPUiTM ini, ia akan dapat menambah akses masyarakat kepada perkhidmatan perubatan yang berkualiti terutamanya bagi kira-kira tiga juta populasi penduduk di kawasan Utara Selangor ini," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan Projek HPUiTM di sini pada Selasa.
Kemudahan lain yang turut disediakan di HPUiTM termasuk surau dengan kapasiti sehingga 180 orang; bangunan penginapan untuk doktor pelatih dan jururawat.
Beliau berkata di sekitar Puncak Alam sahaja Kementerian Pengajian Tinggi menganggarkan sebanyak 500,000 orang akan mendapat akses kepada kemudahan perubatan yang berkualiti tinggi di hospital pengajar tersebut.
"Difahamkan juga, dengan jumlah penduduk sekitar pada masa ini, UiTM mengunjurkan Pulangan Pelaburan (ROI) dalam perbelanjaan perubatan sama ada secara rawatan pesakit luar atau pesakit dalam di HPUiTM untuk tempoh 30 tahun, boleh mencecah sehingga RM56 bilion," katanya.
Dalam isu berasingan, Noraini berkata kumpulan pensyarah dijangka akan diberi suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Insya-Allah tidak lama lagi, semua pensyarah juga perlu mendaftar untuk tujuan tersebut di aplikasi MySejahtera," katanya sambil menambah keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berusia dan berisiko.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Noraini (tengah) pada majlis penyerahan Projek HPUiTM di Puncak Alam semalam. - Facebook Dr Noraini Ahmad
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.