KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melakukan pembedahan otak ke atas seorang pesakit dalam keadaan sedar penuh iaitu yang pertama seumpamanya dijalankan di negeri ini pada Khamis (12 Jan).
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata pembedahan secara sedar atau 'awake craniotomy' itu dijalankan di Dewan Bedah HQE 2 di sini.
Katanya pembedahan itu usaha Pakar Bedah Otak HQE 2 iaitu Mr (Dr) M Sofan Zenian dan Mr (Dr) Hezry Abu Hasan, bersama Pakar Bius Otak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS Dr Yeap Boon Tat, serta Pakar Perunding Kanan Pembedahan Otak Hospital Sungai Buloh Mr (Dr) Liew Boon Seng.
"Persiapan dan perbincangan rapi di antara HOE 2, Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan UMS telah dimulakan sejak November 2022 bagi melaksanakan pembedahan ini.
"Pesakit merupakan seorang wanita berusia 50 tahun yang mengalami simptom sakit kepala sejak Oktober 2022 dan disahkan menghidap 'multiple meningioma' di bahagian kiri otak setelah didiagnosis di HDOK Sandakan," katanya menerusi kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu keputusan untuk melakukan pembedahan otak menggunakan teknik 'awake craniotomy' bertujuan untuk merawat dan seterusnya membolehkan pesakit menjalani kualiti kehidupan lebih baik yang pesakit sebelum ini berdepan keadaan klinikal dan gejala yang teruk.
Pembedahan otak 'awake craniotomy' diperkenalkan di dunia sejak awal tahun 2000 dan pembedahan ini telah dimulakan di Malaysia sejak awal 2010 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
![HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673819378_TBJKNSABAH.jpg)
Pembedahan itu usaha Pakar Bedah Otak HQE 2 iaitu Dr M Sofan dan Dr Hezry, bersama Dr Yeap, serta Dr Liew Boon Seng. - Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713613814_AnwarIbrahim.jpg)
Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar
Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.
![HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673819378_TBJKNSABAH.jpg)
HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh
Persiapan dan perbincangan rapi di antara HOE 2, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan UMS dimulakan sejak November 2022.
![Panggung wayang, pusat urut dibenarkan beroperasi di Sabah Panggung wayang, pusat urut dibenarkan beroperasi di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588492078_ShafieApdal.jpg)
Panggung wayang, pusat urut dibenarkan beroperasi di Sabah
Panggung wayang serta pusat kecantikan dan kesihatan di Sabah dibenarkan memulakan operasi berkuatkuasa serta-merta.
![COVID-19: Kluster baharu di Sabah, libatkan petugas kesihatan awam - Dr Noor Hisham COVID-19: Kluster baharu di Sabah, libatkan petugas kesihatan awam - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586599305_KetuaPengarahKesih.jpg)
COVID-19: Kluster baharu di Sabah, libatkan petugas kesihatan awam - Dr Noor Hisham
Kluster itu melibatkan tiga hospital KKM, iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Keningau.