KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) sebagai telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.
Presidennya, Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, ini kerana pihaknya dimaklumkan bahawa perkara tersebut telah diangkat kepada pihak Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) dan Kementerian Kewangan (MoF) melalui mesyuarat Laporan Kemajuan HRD Corp bertarikh 20 Mei 2022.
"Kesemua data peserta telah dihantar kepada Laksana dan MoF. Saya yakin ia telah melalui proses semakan dan tapisan yang teliti oleh pihak yang berkaitan.
"Saya juga dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah HRD CORP bersetuju dan mengambil maklum berkenaan peserta mengikuti lebih daripada sekali latihan," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Pelaburan HRD Corp catat keuntungan lebih 98 peratus - Laporan
Skim GIG bertujuan memudahkan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dengan kemahiran dan pengetahuan khusus melalui latihan menyeluruh yang membolehkan mereka menjadi pekerja bebas dengan pendapatan yang lebih baik.
Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024 menegur HRD Corp selepas mendapati sebanyak 234 permohonan peserta Skim GIG meragukan kerana mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama, selain 29 transaksi pelaburan mencatatkan kerugian tidak nyata berjumlah RM49.38 juta.
Sementara itu, melalui nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat media, HRD Corp telah melakukan penambahbaikan terhadap sistem berkenaan.
Ia termasuk setiap pemohon boleh memohon sekali sahaja berdasarkan rekod nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan.
Menurut nota berkenaan, sistem terbaru itu akan menolak permohonan tersebut secara automatik sekiranya terdapat pertindihan nombor kad pengenalan yang sama.
Dalam masa sama, pihak HRD Corp memberi jaminan akan melalukan siasatan terperinci terhadap perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap prosedur yang telah ditetapkan.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 10 2024

Mohd Effendy MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa. - Gambar fail

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.

HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.

Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.

Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.