KUALA LUMPUR: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) tidak mengalami sebarang kerugian apabila membatalkan pembelian Menara Ikhlas di Putrajaya.
Perkara itu dijelaskan dalam nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media, hari ini.
Menerusi nota sama, pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.
"Pendapat audit adalah kurang tepat kerana pihak HRD Corp telah mengikuti proses yang betul selaras dengan klausa Perjanjian Jual Beli dan tiada kerugian yang dilaporkan," kata nota berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai pembelian hartanah itu, nota yang sama turut menyebut, HRD Corp telah mendapat kelulusan untuk pembayaran deposit melalui ratifikasi pada 8 Februari 2022.
"Keputusan untuk menukar firma guaman oleh mana-mana pihak adalah hak atau keputusan pihak itu sendiri dan tidak memerlukan persetujuan dan kebenaran pihak lain.
"HRD Corp ingin menegaskan bahawa Klausa 30 Perjanjian Jual Beli hanya terpakai apabila terdapat perubahan atau penambahan terma kepada Perjanjian Jual Beli yang melibatkan kedua-dua pihak," tambah nota itu.
Semalam, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat kelemahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga mengakibatkan beberapa penemuan dalam laporan yang didedahkan tidak tepat.
Beliau yang pernah menerajui tiga kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, antara kelemahan tersebut melibatkan julat masa audit yang disiasat dan metodologi yang diguna pakai.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 13 2024

Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya. - Gambar fail

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.