KUANTAN: Jabatan Neurosurgeri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini berjaya menjalankan pembedahan secara sedar (awake surgery) bagi mengeluarkan ketumbuhan di otak seorang pesakit wanita pada Isnin, sekali gus menjadi hospital pertama Kementerian Kesihatan di Pantai Timur melakukan kaedah itu.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata pembedahan ke atas pesakit berusia 38 tahun yang menghidap sawan akibat ketumbuhan cavernoma itu telah berlangsung selama lima jam.
Beliau berkata pembedahan secara sedar yang dilaksanakan itu mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kaedah konvensional dan ia selamat serta berkesan bagi pesakit dengan ketumbuhan yang kompleks dan berdekatan dengan kawasan kritikal di otak.
"Menerusi pembedahan kaedah ini juga pakar bedah dapat melakukan pemetaan lokasi tumor dengan tepat dan meminimumkan disfungsi saraf pascapembedahan selain boleh mengurangkan sawan dan masa lebih singkat berada di unit rawatan rapi (ICU).
"Malah selepas pembedahan, kesakitan pesakit melalui prosedur ini juga amat kurang berbanding pembiusan penuh," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Selain itu, beliau memaklumkan pembedahan dengan menggunakan kaedah ini telah berjaya menyediakan Pakar Neurosurgeri dan kakitangannya dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan prosedur pembedahan secara sedar dengan selamat dan berkesan pada masa yang akan datang.
Beliau berkata pembedahan berkenaan dijalankan oleh Pakar Perunding Neurosurgeri Dr Mohd Aidil Mohd Nor bersama-sama Pakar Neurosurgeri Dr P Ramissh dan Dr Vinodh Varaya Perumall dari HTAA.
Selain itu, bekas Pakar Perunding Neurosurgeri Hospital Pulau Pinang Dr Mohammed Azman Mohammad Raffiq dan Pakar Perunding Neuroanestesiologi Dr Nahemah Hasanaly dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak telah dijemput bagi membantu kejayaan pembedahan ini.
"Jabatan Kesihatan Negeri Pahang amat berbangga dengan pencapaian ini dan semoga lebih ramai lagi pesakit di negeri Pahang khasnya mendapat manfaat dari rawatan ini selari dengan kemajuan teknologi semasa," kata Dr Nor Azimi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Dr Nor Azimi berkata pembedahan ke atas pesakit berusia 38 tahun yang menghidap sawan akibat ketumbuhan cavernoma itu telah berlangsung selama lima jam. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

HTAA hospital pertama di Pantai Timur laksanakan pembedahan secara sedar
Pembedahan ke atas pesakit berusia 38 tahun yang menghidap sawan akibat ketumbuhan cavernoma itu telah berlangsung selama lima jam.

HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh
Persiapan dan perbincangan rapi di antara HOE 2, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan UMS dimulakan sejak November 2022.