Arab Saudi terus kekal sebagai satu daripada rakan dagang terbesar negara di rantau Asia Barat dengan mencatatkan nilai dagang RM22.3 bilion tahun lalu.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, walaupun hubungan Malaysia dengan Arab Saudi mungkin dilihat agak menurun, kerajaan sentiasa komited jalinkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang dengan negara itu.
"Hasil hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi, semasa negara dilanda pandemik COVID-19, Arab Saudi menyumbang sejumlah peralatan perubatan kepada kerajaan Malaysia yang merupakan sumbangan terbesar diterima daripada negara asing.
"Ia termasuk alat bantuan pernafasan mudah alih sebanyak 150 unit, pelitup muka pembedahan tiga lapisan sebanyak lima juta helai, pelitup muka jenis N95 satu juta unit dan pakaian jumpsuit perubatan sebanyak 80,276 pasang," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Senator Siti Fatimah Yahaya yang mahukan penjelasan berhubung kedudukan hubungan diplomatik Malaysia dengan Arab Saudi yang dilihat menurun sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dan langkah-langkah untuk memulihkan semula hubungan.
Kamarudin menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga telah memudah cara urusan repatriasi rakyat Malaysia dari negara itu disebabkan peningkatan COVID-19 di negara berkenaan.
Sehingga hari ini, katanya 1,264 rakyat Malaysia dibawa pulang dari negara itu melalui 11 penerbangan khas pesawat Saudi Arabian Airline (SAUDIA) dan satu daripadanya ditaja oleh kerajaan Arab Saudi iaitu penerbangan pada 11 April.
Katanya, seramai 45 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada penerbangan percuma itu.
"Walaupun terdapat kekangan COVID-19, hubungan dua hala Malaysia - Arab Saudi terus dikukuhkan melalui persidangan video antara Menteri Luar kita dan Arab Saudi serta perhubungan di pelbagai peringkat tertinggi.
"Justeru jelas hubungan dua negara ini dilihat semakin produktif dan dinamik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020
Walaupun hubungan Malaysia dengan Arab Saudi mungkin dilihat agak menurun, kerajaan sentiasa komited jalinkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang dengan negara itu.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.