KUALA LUMPUR: Momentum hubungan Malaysia dengan rakan-rakan strategik asing seperti Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) terus kukuh meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu Dewan Negara pada Rabu, perkara itu dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU yang masing-masing menokok 27.1 peratus kepada RM121.01 bilion (USD29.44 bilion) dan 26.66 peratus kepada RM79.94 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2021 berbanding tempoh sama tahun lepas.
"AS dan EU masing-masing merupakan rakan dagang ketiga dan keempat terbesar Malaysia selepas China (rakan dagang terbesar) dan Singapura (kedua terbesar).
"Nilai dagangan dua hala pada 2019 antara Malaysia dengan AS adalah sebanyak RM165.22 bilion (USD39.17 bilion) manakala dengan EU sebanyak RM159.35 bilion (USD38.48 bilion)," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Zaiedi Suhaili mengenai prospek kerjasama strategik dan ekonomi Malaysia dengan blok negara Eropah dan AS terbabit bagi memastikan tempoh pasca COVID-19 dapat membuka peluang lebih besar kepada sektor pelancongan negara selain aspek hubungan ekonomi.
Menurutnya, bagi memperkukuh Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS, pihaknya akan memperluas kerjasama dalam bidang-bidang baharu seperti pengeluaran dan pengedaran vaksin termasuk vaksin COVID-19, tenaga boleh baharu, ekonomi hijau, perdagangan digital, keselamatan siber, pelancongan kesihatan, robotik, aeroangkasa dan pembangunan lestari.
Antara langkah yang diambil adalah mempelawa lebih banyak syarikat-syarikat AS AS memindahkan operasi perniagaan ke Malaysia dan meninjau kerjasama dalam bidang teknologi digital dengan negara itu di peringkat ASEAN.
Bagi EU, Kamarudin berkata, langkah-langkah diambil untuk memperkukuh kerjasama strategik dan ekonomi itu adalah menerusi pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Perkongsian dan Kerjasama serta mempertimbang untuk menyambung rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU.
"Kita juga akan mempertingkatkan kesalinghubungan udara dan perdagangan antara kedua-dua rantau di bawah hubungan ASEAN-EU.
"Langkah lain adalah mempromosi Malaysia sebagai sebuah lokasi strategik untuk pelaburan dan pelancongan di bawah hubungan kerjasama serantau di peringkat ASEM (Mesyuarat Asia-Eropah) serta mencadangkan pengiktirafan Sijil Vaksinasi timbal balas COVID-19 di antara Malaysia dan EU," katanya.
Beliau turut berkongsi komitmen kerajaan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama Malaysia dengan negara-negara berkenaan menerusi kementerian peneraju seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) serta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
"Ini bagi memastikan nilai perdagangan antara Malaysia dengan EU, AS serta kemasukan pelancong dari negara-negara berkenaan terus bertambah walaupun dunia (masih) berdepan situasi COVID-19 serta ekonomi yang meruncing.
"Malah bagi tujuan itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang dalam misi lawatan ke tiga negara Eropah iaitu Jerman, Perancis dan United Kingdom yang berakhir pada 22 Oktober ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Bagi memperkukuh Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS, Kamarudin berkata, pihaknya akan memperluas kerjasama dalam bidang-bidang baharu seperti pengeluaran dan pengedaran vaksin. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei
Semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu penyandang Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel, Patricia Scotland.

Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 di Doha, Qatar, dari 26 hingga 27 Mac.

Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin
Libat urus melibatkan Malaysia dan Afghanistan yang diadakan pada Januari dan Februari lepas bukan bermakna Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan Afghanistan.

Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria dan Poland bermula hari ini hingga 21 Feb.

Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS
Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.

Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang pragmatis dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik dengan semua negara.

Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh meskipun berdepan cabaran COVID
Ia dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU bagi tempoh Januari hingga Julai 2021.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran
Lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.

828 rakyat Malaysia di luar negara positif COVID-19
Seramai 828 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sejak tahun lepas, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.