IPOH: Jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat berterusan mungkin menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh di laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) seksyen 45.00, malam tadi.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan berkaitan kejadian diterima pada 11.25 malam dengan runtuhan itu telah menutup keseluruhan jalan tersebut.
Menurut kenyataan itu, JKR Daerah Kinta dan pihak konsesi jalan persekutuan telah mengambil tindakan segera menghantar pasukan ke lokasi kejadian, selain memaklumkan kepada polis untuk menjalankan sekatan jalan raya.
"Punca kejadian berkemungkinan disebabkan jumlah aliran air permukaan yang tinggi daripada hujan lebat dan berterusan dan menyebabkan sisa tanah runtuh ke bahagian jalan. Bagaimanapun, tiada kerosakan melibatkan pengguna jalan raya," demikian menurut kenyataan itu.
Bagi tindakan jangka pendek, JKR Daerah Kinta memaklumkan pihaknya telah menutup sementara laluan tersebut kepada semua jenis kenderaan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan dan membuka laluan satu lorong pada 1.34 pagi tadi.
JKR Daerah Kinta turut memaklumkan laluan tersebut telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan pada 4.30 pagi dengan kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan di lokasi kejadian.
"JKR akan menambah keperluan TMP (Pelan Pengurusan Trafik) untuk keselamatan pengguna jalan raya. Pemantauan berterusan akan dijalankan sebagai langkah persediaan awal untuk sebarang kemungkinan yang berlaku," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor JKR dan runtuhan telah menutup permukaan jalan menyebabkan ia tidak boleh dilalui. - Foto ihsan pembaca
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.