AMPANG: Sejumlah lima kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan taman perumahan di Taman Melawati di sini mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat pada Khamis.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 8.35 malam.
"Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Norazam berkata, tiga batang pokok telah tumbang menghempap lima buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan susulan hujan lebat.
"Kita mendapati dua buah kereta Perodua kancil, sebuah Toyota Unser, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kereta Audi dihempap pokok.
"Kerja-kerja memotong sedang dilakukan oleh pihak bomba. Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan juga struktur rumah," ujarnya.
Dalam kejadian berasingan, Norazam berkata, pihaknya turut menerima panggilan berkaitan kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta Proton Exora di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
"Kita menerima panggilan pada jam 9.34 malam, seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi.
"Kerja pemotongan dan pembersihan sedang dilakukan oleh pihak bomba, kejadian itu juga tidak melibatkan mangsa," katanya.
Norazam berkata, sebelum itu Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah menerima panggilan berkaitan kejadian pokok tumbang telah menghalang jalan besar menghala ke Rawang pada jam 8.07 malam.
"Kerja pemotongan pokok berkenaan dan dialihkan ke tempat selamat telah selesai," katanya.
Norazam berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Pandan juga telah menerima panggilan kejadian pokok tumbang menghalang Jalan Kolam Air di Taman Melawati pada jam 9 malam.
"Sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera telah pergi ke lokasi. Kerja-kerja memotong dan mengalihkan sisa pokok sedang dilakukan oleh pihak bomba.
"Kejadian itu juga tidak melibatkan struktur bangunan, kenderaan dan mangsa," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 16 2022
![Hujan lebat, lima kenderaan dihempap pokok Hujan lebat, lima kenderaan dihempap pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655415192_TBhempappokok.jpg)
Dua kenderaan yang diparkir di tepi jalan rosak akibat dihempap pokok tumbang di Taman Melawati pada Khamis. Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memotong pokok yang menghempap sebuah kenderaan. -Foto Sinar Harian
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
![Tanah runtuh Melawati: Hidup dan mati saya di rumah ini - Yusof Haslam Tanah runtuh Melawati: Hidup dan mati saya di rumah ini - Yusof Haslam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729053170_DatukYusofHaslam.jpg)
Tanah runtuh Melawati: "Hidup dan mati saya di rumah ini" - Yusof Haslam
Setiap kali berlaku bencana di Taman Melawati, Yusof Haslam tidak akan terlepas daripada ditanya mengenai keadaan mahligainya.
![Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729050368_AmirudinShari.jpg)
Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas
Beliau turut menyantuni penduduk terjejas melibatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS di Jalan E5.
![Tanah runtuh Melawati: Lokasi kejadian antara 114 ‘hotspot’ di Selangor - Amirudin Tanah runtuh Melawati: Lokasi kejadian antara 114 ‘hotspot’ di Selangor - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729047878_MBAmirudinPPS.jpg)
Tanah runtuh Melawati: Lokasi kejadian antara 114 ‘hotspot’ di Selangor - Amirudin
Terdapat 400 sehingga 600 kawasan hotspot di sepanjang kawasan batu kapur dari Hulu Klang hingga Batu Caves.
![Tanah runtuh Melawati: JMG mula siasat, tiada sebarang pembangunan di lokasi - MB Tanah runtuh Melawati: JMG mula siasat, tiada sebarang pembangunan di lokasi - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729044607_MBSelangorMelawati.jpg)
Tanah runtuh Melawati: JMG mula siasat, tiada sebarang pembangunan di lokasi - MB
Kerajaan negeri arah pihak terlibat memantau isu ini sebelum membenarkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing.
![[TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah [TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728968445_tanahruntuhtaman.jpg)
[TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah
Kawasan tanah runtuh berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, Ampang di sini, telah diklasifikasikan sebagai berisiko dan penduduk diarah untuk berpindah dengan segera.
![[TERKINI] Hujan lebat cetus tanah runtuh di Taman Melawati [TERKINI] Hujan lebat cetus tanah runtuh di Taman Melawati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728964082_tanahruntuhtaman.jpg)
[TERKINI] Hujan lebat cetus tanah runtuh di Taman Melawati
Aliran air deras dari bukit turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk.
![Buli pelajar: Polis rekod keterangan tujuh individu Buli pelajar: Polis rekod keterangan tujuh individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683865171_TBbuli.jpg)
Buli pelajar: Polis rekod keterangan tujuh individu
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu itu terdiri daripada tiga suspek dan empat saksi.
![Akibat selisih faham, pelajar dibelasah senior Akibat selisih faham, pelajar dibelasah senior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683865171_TBbuli.jpg)
Akibat selisih faham, pelajar dibelasah senior
Beliau berkata, punca kejadian ialah disebabkan selisih faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior Tingkatan Lima.
![Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662309397_TBOKUJATUH.jpg)
Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment
Mangsa yang terjatuh ke atas kereta mengalami kecederaan di kepala dan menerima lima jahitan selain retak pada tangan.
![Hujan lebat, lima kenderaan dihempap pokok Hujan lebat, lima kenderaan dihempap pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655415192_TBhempappokok.jpg)
Hujan lebat, lima kenderaan dihempap pokok
Norazam berkata, tiga batang pokok telah tumbang menghempap lima buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan susulan hujan lebat.