IPOH: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mencadangkan satu enakmen baharu diwujudkan bagi menghukum penternak yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan maut kepada manusia.
Angeline Khoo Hai Yen (PH-Keranji) yang mengemukakan cadangan tersebut dalam satu usul persendirian berkata di bawah enakmen tersebut, mesti mewajibkan kesemua penternak haiwan menandakan lembu dan kerbau masing-masing.
"Jikalau haiwan ternakan mereka didapati merupakan punca mengakibatkan kemalangan maut, penternak tersebut patut dikenakan hukuman serius yang setimpal seperti di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya ketika membentangkan usul tersebut pada persidangan DUN di sini hari ini.
Angeline berkata jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum penjara minimum dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan maksimum RM20,000.
Beliau berkata hukuman tersebut dipercayai boleh menjadi satu pencegahan untuk penternak-penternak supaya tidak lagi melepaskan haiwan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya dan membahayakan pengguna.
"Selain itu, saya mencadangkan pemilik haiwan ternakan hilang hak tuntutan semula, jika haiwan ternakan gagal didaftarkan atau ditanda setelah disita oleh PBT (pihak berkuasa tempatan).
"Tindakan drastik ini akan memaksa penternak untuk mendaftarkan haiwan ternakan mereka dan memudahkan pihak berkuasa untuk membuat penguatkuasaan," tegasnya.
Angeline berkata Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu 2001 Negeri Pahang boleh dijadikan rujukan untuk mewujudkan enakmen tersebut di Perak.
Beliau berkata di bawah enakmen negeri Pahang itu, semua kerbau atau lembu adalah dilarang berada, dipelihara, disimpan, dialih atau dipindahkan dalam kawasan larangan iaitu permukaan jalan, kawasan dalam lingkungan 20 meter dari bahu jalan dan semua tempat awam.
"Jika mana-mana kerbau atau lembu didapati berada, dipelihara, disimpan, dialih atau dipindahkan dalam kawasan larangan, boleh ditangkap mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa berkenaan atau pegawai diberi kuasa tanpa memberi apa-apa notis.
"Saya yakin dengan adanya satu enakmen baharu untuk kawalan haiwan berkeliaran di negeri Perak, banyak masalah kerbau dan lembu yang sedia ada dapat diselesaikan atau ditangani," kata Angeline.
Sementara itu, Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning) ketika membahaskan usul berkenaan berkata usul itu membawa kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat umum, tetapi juga kepada penternak dan industri penternakan itu sendiri.
Beliau berkata kewujudan enakmen itu juga dapat membantu dalam mengurangkan kejadian haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya yang sering menyebabkan kemalangan dan gangguan kepada lalu lintas.
"Dalam konteks ini saya ingin menekankan bahawa dalam enakmen ini bukanlah untuk menyusahkan penternak, tetapi untuk membantu mereka menjalankan aktiviti penternakan dengan lebih baik dan teratur.
"Kerajaan boleh menyediakan sokongan dalam bentuk teknikal, khidmat nasihat dan mungkin juga bantuan kewangan untuk membantu penternak mematuhi pertaturan-peraturan yang ditetapkan," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (PN-Sungai Manik) berkata secara keseluruhan kerajaan negeri tidak boleh beri pengkhususan kepada haiwan ternakan sahaja kerana segala tindakan akan terbatas, ia juga memerlukan penglibatan jabatan dan agensi berkaitan haiwan liar.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Di bawah enakmen tersebut, mesti mewajibkan kesemua penternak haiwan menandakan lembu dan kerbau masing-masing. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.

Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.

Visa haji: Malaysia sokong langkah tegas, hukuman berat Arab Saudi
Langkah-langkah itu bertujuan memastikan keselamatan jemaah menunaikan haji dalam persekitaran yang selamat dan aman.

PM Britain ikrar hukuman tegas ke atas perusuh
Starmer menyifatkan rusuhan didalangi golongan sayap kanan melampau yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan keganasan.

Hukuman berat bagi penternak biar haiwan berkeliaran sebabkan kemalangan maut dicadangkan
Di bawah enakmen tersebut, mesti mewajibkan kesemua penternak haiwan menandakan lembu dan kerbau masing-masing.

Kerajaan teliti akta tertentu bagi hukuman berat kesalahan curi kabel komunikasi - Fahmi
Ketika ini proses dapatan, maklum balas dan beberapa perkara dalam bidang kuasa atau di bawah Kanun Keseksaan sedang diambil kira sebelum dikuatkuasakan.

Tendang pengadil: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan
Tonggak pertahanan import kelahiran Russeifa, Jordan berusia 27 tahun itu dijangka berdepan hukuman berat selepas dengan sengaja menendang pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.

Iran perkenal undang-undang berkaitan tudung kontroversi
Hukuman termasuk denda dan juga penjara, akan dikenakan di Iran pada masa depan kepada wanita yang melanggar syarat ketat untuk bertudung, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

RUU baharu cadang hukuman berat terhadap pendera - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap pendera di bawah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia.

Korea Selatan lulus RUU mengenai hukuman lebih berat untuk kes pembunuhan bayi
Hukuman lebih berat ke atas pembunuhan bayi dan pembuangan mayat bayi setara dengan hukuman bagi pembunuhan biasa dan pembuangan mayat.