IPOH: Kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong dekat Kuala Kangsar yang diklasifikasikan sebagai hutan pengeluaran telah mendapat kelulusan membalak kawasan seluas 80 hektar oleh pihak berkuasa negeri pada 2018.
Pengarah Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) Datuk Mohamed Zin Yusop berkata berdasarkan rekod, aktiviti pembalakan telah dijalankan melalui pengeluaran satu lesen pada 2019 dan tamat pada 2020.
"Aktiviti pembalakan telah dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan pihak jabatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamed Zin berkata pihaknya berpandangan dakwaan pengguna sosial media Facebook yang memuat naik hantaran 'hutan simpan pun boleh dapat lesen untuk tarah' sehingga tular baru-baru ini, merupakan satu kenyataan lama yang pernah dimuat naik pada 2019 dan ditularkan semula oleh warganet.
"Jabatan ini berpandangan pengadu telah keliru dengan istilah Hutan Simpan Kekal yang pada anggapan pengadu aktiviti pembalakan tidak boleh dijalankan.
"Anggapan beliau (pengadu) adalah tidak tepat kerana hutan simpan kekal klasifikasi pengeluaran boleh dijalankan pembalakan mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan," jelas beliau.
Mohamed Zin berkata di Perak terdapat kira-kira seluas 987,000 hektar kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Beliau berkata hutan simpan kekal ini telah diurus berasaskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan bagi tujuan tersebut, hutan simpan kekal ini diklasifikasikan kepada hutan pengeluaran sebanyak 51 peratus dan hutan perlindungan sebanyak 49 peratus.
"Hutan pengeluaran adalah bagi tujuan pengeluaran hasil-hasil hutan termasuk pengeluaran kayu secara berkekalan melalui aktiviti pembalakan manakala hutan perlindungan pula adalah bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar, bekalan air mentah serta perlindungan hidupan liar," katanya.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata setakat ini kerajaan negeri tidak menerima laporan berkaitan aktiviti pembalakan itu dan tidak menolak kemungkinan ia adalah gambar lama.
Baru-baru ini tular beberapa keping gambar menunjukkan batang-batang pokok ditebang dan ditarah yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kledang Saiong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Berdasarkan rekod, aktiviti pembalakan telah dijalankan melalui pengeluaran satu lesen pada 2019 dan tamat pada 2020.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Projek Pembangunan Ladang Hutan Simpan Kledang Saiong terima kelulusan EIA, RPLH
Projek Pembangunan Ladang Hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar telah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar dan Rancangan Pengurusan Ladang Hutan.
"Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan" - MB Perak
Saarani jawab dakwaan Pengerusi PSM yang kerajaan negeri Perak sedang merancang menebang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Hutan Simpan Kledang Saiong dapat kelulusan membalak pada 2018
Kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong dekat Kuala Kangsar yang diklasifikasikan sebagai hutan pengeluaran telah mendapat kelulusan membalak kawasan seluas 80 hektar oleh pihak berkuasa negeri pada 2018.
Dakwaan pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong akan disiasat
Baru-baru ini tular beberapa gambar di kawasan hutan menunjukkan batang-batang pokok ditebang dan ditarah didakwa berlaku di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc
Pencerobohan haram berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.