HULU SELANGOR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau akan melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berkait fitnah berhubung isu pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, tohmahan dan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu telah mencalarkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri.
"Saya saman Perdana Menteri (Anwar), peduli saya... betul tak? Fasal ini maruah saya. Saya manusia, saya mantan Perdana Menteri, awal daripada dia.
"Muka saya ini cerdik betul... yang sana muka cerdik tapi bodoh. Tak faham perakaunan (dan) faham makna bon," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DUN Hulu Bernam, di sini pada Selasa malam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menyindir tindakan Anwar menuntutnya membayar pampasan RM200 juta kerana didakwa menjejaskan reputasi beliau berhubung isu pelupusan hutang peneroka Felda.
"Belum habis saya minta dia (Anwar) mohon maaf dan dia tak nak minta maaf (tetapi) dia saman saya RM200 juta. Macam mana tu?
"Saya suruh dia minta maaf fasal dia dah salah... dia tak nak mengaku salah, dia saman saya dan suruh minta maaf dengan nilai RM200 juta. Habis macam mana? Lawan, lawan? Lawan tetap lawan.
"Fasal saya berpegang pada prinsip kebenaran. Berani kerana benar. Kalau orang buat tohmah, dan ini memfitnah saya hidup-hidup," kata Muhyiddin lagi.
Pada 21 Julai lalu, Anwar menuntut Muhyiddin meminta maaf dan membayar pampasan RM200 juta kerana menjejaskan reputasi beliau berhubung dakwaan fitnah membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.
Melalui jawapan terhadap surat tuntutan Muhyiddin menerusi firma guamannya SN Nair & Partners, menyatakan Anwar akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri itu jika tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh surat jawapan berkenaan.
Selain itu, Anwar menuntut Muhyiddin menarik balik surat tuntutan beliau dan semua kenyataan (yang didakwa) fitnah diterbitkan berhubung isu pelupusan hutang peneroka Felda serta-merta dan tidak berbelah bahagi serta memadamkan atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah.
Sementara itu, Muhyiddin pada 28 Julai memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung isu sama.
Muhyiddin mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership selaku plaintif dengan menamakan Anwar sebagai defendan.
Beliau menuntut ganti rugi teladan yang sepadan dengan jumlah RM200 juta pampasan.
Sebelu itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata dokumen yang dikemukakan Anwar bukan berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda, sebaliknya dokumen berkenaan sukuk.
Hasimi Muhamad
Tue Aug 01 2023

Muhyiddin berkata tohmahan dan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu telah mencalarkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri. - Foto fail/BERNAMA

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Hutang peneroka Felda: 'Lawan tetap lawan' - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tohmahan dan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu telah mencalarkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri.