KUALA LUMPUR: Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilakukan warga kerja Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), merupakan antara usaha organisasi itu dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen mereka untuk bebas daripada gejala rasuah.
Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata ia juga selaras dengan kebersamaan NAFAS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam membanteras gejala rasuah di setiap lapisan pertubuhan itu.
"IBR ini merupakan tanda komitmen atas kapasiti individu dalam memperkasakan integriti, nilai insan yang tinggi dan unggul, demi menjadikan NAFAS sebuah organisasi yang telus dan cemerlang.
"Sebagai agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, agensi ini memikul tanggungjawab memperbaiki sosioekonomi peladang, dengan tumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memajukan industri pertanian negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Zamri berkata penekanan ikrar yang dibuat secara sukarela ini penting, supaya setiap individu untuk melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab.
Terdahulu 257 warga kerja NAFAS dengan diketuai Zamri serta barisan ahli jemaah pengarah, pengurusan serta kakitangan pertubuhan itu, menyertai IBR di Ibu Pejabat NAFAS di Petaling Jaya, Selangor dengan disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Razim Mohd Noor.
IBR merupakan inisiatif diperkenalkan SPRM, yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab supaya tidak terbabit dengan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

IBR merupakan inisiatif diperkenalkan SPRM, yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab supaya tidak terbabit dengan rasuah.- BERNAMA
Pusat AI Sabah pertama dijangka beroperasi hujung tahun ini
Penubuhan pusat AI tersebut seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah menggalakkan penggunaan teknologi ini di Sabah.
Sarawak komited capai liputan 100 peratus
Sarawak komited untuk memastikan liputan bekalan elektrik mencapai 100 peratus menjelang tahun 2030.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Empat PPS dibuka di Telupid
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid, SABAH susulan banjir yang melanda daerah itu.

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Helikopter Presiden Honduras lakukan pendaratan cemas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan pendaratan cemas pada Selasa di kawasan pergunungan di bahagian barat laut negara itu, lapor Xinhua.
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

IBR: Bukti komitmen warga peladang perangi rasuah
Ikrar Bebas Rasuah yang dilakukan warga kerja Pertubuhan Peladang Kebangsaan, merupakan antara usaha organisasi itu dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen mereka untuk bebas rasuah.

Mahasiswa UIAM IPTA pertama sertai IBR
Zaleha berkata budaya memerangi rasuah harus dipupuk sejak dari awal seperti di universiti bagi mengekang gejala berkenaan daripada berleluasa.

SPRM terima senarai nama bakal calon PRU untuk disaring
SPRM menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada PRU14, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Kompleks Ibu Pejabat SPRM bukti kesungguhan kerajaan perangi rasuah - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ia sekali gus merupakan kompleks agensi anti rasuah terbesar di dunia yang dibina setakat hari ini.

Kerajaan Selangor disaran segera tandatangani IBR
Kerajaan Selangor disaran segera mencontohi negeri-negeri lain yang telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pulau Pinang, Selangor, Kelantan belum cukup komited - SPRM
Ia membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, ketika banyak kementerian dan agensi kerajaan berlumba-lumba menyatakan ikrar ma

Tiada permohonan dari negeri pembangkang untuk laksana IBR- SPRM
Walaupun ikrar itu hanyalah inisiatif untuk kerajaan negeri menunjukkan komitmen mereka memerangi rasuah, pihaknya sangat menggalakkan agar semua kerajaan negeri melaksanakannya.