Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat itu pada 9.15 pagi.
"Sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang bergegas ke lokasi kejadian tiba lima minit kemudian bersama dua jentera.
"Didapati dua mangsa iaitu wanita berusia 42 tahun dan anak lelakinya berusia 13 tahun terperangkap di tingkat atas, namun kedua-dua beranak itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, ibu dan anak itu hanya mengalami sesak nafas dan mereka diserahkan kepada pihak pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut. - BERNAMA
