IPOH: Kerajaan Negeri Perak meminta supaya ibu bapa atau penjaga bagi pelajar sekolah tahfiz di negeri ini memberi persetujuan untuk membenarkan anak mereka menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata ini kerana terdapat ibu bapa yang masih belum memberikan respons balas sehingga menyebabkan pentadbiran sekolah tahfiz lambat untuk mendaftarkan pelajar bagi program vaksinasi.
"Untuk pengetahuan, syarat utama proses pendaftaran untuk para pelajar ini diberikan suntikan vaksin adalah ia memerlukan persetujuan di pihak ibu bapa.
Jadi, saya nasihatkan secara umum kepada semua pihak terutamanya ibu bapa supaya memberi kebenaran anak-anak mereka divaksin," katanya pada sidang media selepas hadir dalam Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Klinik Kesihatan Sementara Manjoi di sini, hari ini.
Mohd Akmal berkata setakat ini terdapat 30 sekolah tahfiz tidak berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang masih belum menyerahkan senarai nama para pelajar mereka untuk PICK Remaja.
Mengulas mengenai PICK Remaja, Mohd Akmal berkata sebanyak 84 peratus remaja yang berdaftar di bawah program itu di Perak telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
"Bagi saya, ini satu perkembangan yang positif untuk pelajar termasuk pelajar sekolah agama dan kita harap jumlah ini akan terus meningkat serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan," katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya sebanyak RM26.4 juta diperuntukkan bagi pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi yang dijangka siap sepenuhnya pada 14 Sept 2023.
Beliau berkata kerja-kerja pembinaan klinik lima tingkat itu telah bermula sejak 17 Sept 2021 dan dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 penduduk yang menetap di Manjoi dan kawasan sekitar.
"Ini satu berita gembira kepada rakyat di Manjoi yang sekian lama menunggu bukan sahaja penduduk di sini tetapi warga kerja daripada jabatan kesihatan sendiri. Bagi saya, ia bukan sahaja memberi keselesaan malah ia antara yang terbaik terdapat di negeri ini," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Kerajaan Negeri Perak meminta supaya ibu bapa atau penjaga bagi pelajar sekolah tahfiz di negeri ini memberi persetujuan untuk membenarkan anak mereka menerima vaksin. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu
Sebanyak enam kes polio dilaporkan tahun lalu, menurut data rasmi, turun daripada kemuncak 147 kes pada 2019.

Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza
527,776 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos pertama vaksin polio di kawasan Palestin.

Kempen vaksinasi polio di Gaza diteruskan di tengah peperangan Israel
Kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun diteruskan untuk hari kedua di tengah Semenanjung Gaza pada Isnin.

Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.

China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.

AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.

COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.