GUA MUSANG : Seorang ibu maut manakala anaknya cedera ringan selepas motosikal mereka dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail di simpang empat Wisma Persekutuan Gua Musang di sini pada Sabtu.
Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati SUV yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun itu sedang dalam perjalanan ke majlis akad nikah anak saudaranya di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang.
"Lelaki terbabit keluar dari simpang berkenaan sebelum terlanggar motosikal jenis Honda Spacy yang ditunggang mangsa.
"Ketika itu mangsa yang membonceng anaknya datang dari arah kanan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 11 2022

Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang. - Sinar Harian

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama
Seorang ibu maut manakala dua anaknya selamat selepas Proton Exora bertembung dengan Perodua Alza di Jalandhar berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit.

Ibu maut, anak tercampak kereta dilanggar dari belakang
Seorang wanita maut sementara anak lelakinya berusia dua tahun tercampak dari kereta dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 291.3 PLUS arah selatan berhampiran RTC Gopeng.

Ibu maut, anak parah motosikal dirempuh kereta dipandu pelancong asing
Akibat rempuhan kuat, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit tercampak ke hutan semak di sebelah kiri jalan.

Ibu maut, dua anak cedera kereta bertembung
Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk dua anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan hari ini.

Ibu maut, anak cedera motosikal dilanggar SUV
Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

Ibu maut, bayi cedera, kereta terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan
Dua lagi anaknya, Nur Jannatul Husna, 6, dan Muhammad Iman Rizky, 3, tidak mengalami kecederaan.

Ibu maut dibunuh anak sendiri
Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa yang berusia 90 tahun dibunuh anak perempuannya berusia 53 tahun.