Seorang anak tergamak membunuh ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam Jumaat, mangsa yang berusia 90 tahun dibunuh anak perempuannya berusia 53 tahun yang dikatakan mengalami masalah mental.
Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa dan sering bertengkar dengan ibunya.
Namun pertengkaran dua beranak itu memuncak semalam sehingga suspek bertindak memukul muka ibunya dengan objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian cucu perempuan mangsa yang juga anak suspek berusia 16 tahun berada di rumah itu.
Menurutnya, remaja berkenaan yang berada di dalam bilik terdengar pertengkaran antara ibu dan neneknya namun dia dilarang keluar dari biliknya.
"Semasa pertengkaran dia terdengar ibunya mengugut mahu membunuh neneknya sambil terdengar bunyi barang jatuh." katanya.
Akibat ketakutan, dia kemudiannya menghubungi sepupunya untuk meminta bantuan sebelum bertindak keluar melalui pintu belakang rumah.
Menurut remaja itu , keadaan rumah ketika itu gelap dan sebaik lampu dinyalakan dia melihat neneknya dalam terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala ibunya pula di luar rumah.
Sementara itu, anak bongsu mangsa yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi polis.
Norzainy berkata, berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga, suspek mempunyai masalah penyakit mental dan masih menjalani rawatan psikiatrik.
Mayat warga emas berkenaan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan suspek pula dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan mental sebelum polis menahannya bagi siasatan selanjutnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Ibu maut dibunuh anak sendiri
Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa yang berusia 90 tahun dibunuh anak perempuannya berusia 53 tahun.