KUANTAN: Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk dua anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Azlina Mohamad, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, turut berada dalam kereta bersama mangsa ialah dua anak perempuannya, yang mana salah seorang adalah pemandu kereta terbabit.
"Bagaimanapun, setiba di Jalan Segamat-Kuantan, kereta mangsa itu telah bertembung dengan kereta lain menyebabkan bahagian depan kedua-dua kereta itu remuk.
"Dua lelaki dalam sebuah lagi kereta itu turut mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan peralatan khas.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan, manakala yang cedera di bawa ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya," ujarnya.
Azee Shafy
Sun Jun 26 2022

Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan peralatan khas. - Gambar/ JBPM
RUU MMM: Dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini
Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.
Sidang Parlimen: Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan hari ini
Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kesihatan: Kanak-kanak maut akibat campak, kes pertama di A.S dalam sedekad
Seorang kanak-kanak di Texas Barat, meninggal dunia akibat campak, menjadikannya kematian pertama akibat penyakit berjangkit itu di Amerika Syarikat dalam tempoh sedekad.
Konflik di Ukraine: Trump sahkan Zelensky lawat A.S tandatangani perjanjian mineral
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy akan melawat Washington pada Jumaat bagi menandatangani perjanjian berkaitan mineral nadir bumi.
Politik Lubnan: Kerajaan baharu Lubnan menang undi percaya di Parlimen
Kerajaan baharu Lubnan memenangi undi percaya di parlimen, pada Rabu.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.
Isu Gaza: Pembangunan semula Gaza perlu kestabilan politik
Penasihat diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash, menegaskan bahawa pelan pembinaan semula Gaza tidak boleh direalisasikan tanpa adanya laluan yang jelas ke arah penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin.

Tanaman arwah ibu cetus ilham Hashim Man lakar karya ilustrasi botani
Memori bersama ibu menyuntik semangat Hashim Man dalam menghasilkan karya bagi menjayakan pameran.

Kata Salah, dia bantu pemain di sekelilingnya menjadi lebih baik
Menurut Salah, apa yang sedang dinikmatinya hari ini merupakan sebahagian daripada proses kematangan.

Trump rombak pentadbiran, pegawai kanan kerajaan bakal jadi lantikan politik
Pentadbiran Trump kini mengambil langkah untuk mempolitikkan peringkat tertinggi dalam kerajaan, bidas kesatuan sekerja.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.

Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.

Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.

Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah
Dalam kejadian awal pagi itu, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.

Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.

23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.

Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.