BATU PAHAT: Seorang warga emas maut manakala anak perempuan dan cucunya cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan masuk ke dalam parit di Kilometer 7.9 Jalan Muar-Yong Peng dekat sini pada Rabu.
Dalam kemalangan tersebut, Hazanah Ariff, 75, meninggal dunia manakala anaknya, Farah Nur Amin, 29, yang memandu kereta tersebut dan anak Farah dikenali sebagai Siti Nur Ain, 4, cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku pada jam 2.50 petang melibatkan kereta jenis Toyota Altis dipandu anak warga emas tersebut.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Altis tersebut dalam perjalanan dari arah Batu Pahat ke Parit Yaani. Apabila sampai di tempat kejadian berhadapan Masjid Jamek Sri Wangi, kenderaan tersebut telah hilang kawalan.
"Kereta berkenaan kemudian terbabas masuk ke dalam parit di bahu kanan jalan. Tempat kejadian merupakan jalan utama keadaan jalan satu lorong dua hala dan keadaan hujan lebat menyebabkan jalan basah dan licin.
"Akibat kejadian tersebut, warga emas berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa (pemandu) serta anaknya cedera ringan dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Yong Peng untuk rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penguasa Bomba Kanan II Sulaiman Md Lamin berkata, sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Fire Response Vehicle (FRV) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kereta berkenaan masuk ke dalam parit sedalam 2 meter. Pihak bomba masuk ke parit menggunakan tali dan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan road traffic accident (RTA).
"Semua mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan dan pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 3.10 petang," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas dan masuk ke dalam parit di Kilometer 7.9 Jalan Muar-Yong Peng, Batu Pahat pada Rabu. - Foto ihsan IPD Batu Pahat
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ibu maut, kereta dipandu anak masuk parit
Kemalangan berlaku pada jam 2.50 petang melibatkan kereta jenis Toyota Altis dipandu anak warga emas tersebut.
Lelaki maut kereta dipandu langgar pokok
Kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 2.08 petang semasa mangsa, Mohd Nasir Ahmad, 36, memandu dari arah Yong Peng ke Sri Medan.