GEORGE TOWN: Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah pada Ahad lepas menafikan anak bongsunya meninggal dunia hari ini.
Nurain Hasnorizal, 25, berkata anaknya Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, masih kritikal dan ketika ini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Keadaan adik (Muhammad Luth Syauqi) masih sama dan tiada sebarang perubahan, cuma saya terkejut apabila adik saya mesej (melalui aplikasi WhatsApp) tanya sama ada Luth meninggal dunia tadi (hari ini) kerana ada orang sebarkan kata adik telah tiada (meninggal dunia).
"Waktu itu saya ada di pekarangan HPP dan terus telefon doktor untuk tanya keadaan adik (Luth), doktor kata anak saya masih menerima rawatan dan keadaan masih sama (kritikal)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan anak sulung Nurain, Muhammad Akil Syauqi, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi berada dalam keadaan kritikal.
Namun Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pukul 8.30 pagi semalam selepas 78 jam bertarung nyawa di PICU HPP.
Nurain yang sedih dan kecewa dengan khabar angin itu meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita itu dan memohon rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan anak bongsunya.
"Sekarang ini saya kena kuat untuk Luth, saya dah masuk tengok dia di PICU tadi dan keadaannya masih sama (kritikal) serta tiada sebarang pergerakan, saya mohon doa semua untuk anak bongsu saya," katanya.
Media melaporkan dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh seorang pemilik kebun yang dikatakan untuk memerangkap monyet.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Nurain Hasnorizal berkata anaknya Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, masih kritikal dan ketika ini dirawat di PICU Hospital Pulau Pinang (HPP). - Gambar fail/Sinar Harian

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Tiada notis usul undi tidak percaya terhadap PM diterima setakat ini - Johari Abdul
Johari Abdul berkata sehingga kini, Parlimen belum menerima sebarang notis rasmi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Anwar daripada mana-mana Ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang.

Amirudin akui lebih selesa kekal terajui Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau lebih selesa untuk terus kekal menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia
Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus pada Ahad lepas menafikan anak bongsunya meninggal dunia.

Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.

Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak
Jamal ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.

JDT tinggalkan 'hint', Dion Cools bakal ke Selatan!
JDT seakan-akan meninggalkan petunjuk bagi pengambilan pemain terbaharu mereka, Dion Cools yang sebelum ini berpangkalan di Thailand.

Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.

Raymond Goh masih hidup, henti sebar berita palsu - Keluarga
Keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh menegaskan laporan dan khabar angin yang tersebar mendakwa selebriti itu sudah meninggal dunia adalah palsu sepenuhnya.

Tiada tindakan boikot dalam MCA terhadap Suhaizan - Wee
Wee Ka Siong menafikan berlaku tindakan boikot dalam kalangan ahli atau penyokong MCA terhadap calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada PRK bagi kerusi Parlimen Pulai pada 9 Sept ini.