SHAH ALAM: Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti jenazah bersedia memaafkan pihak masjid yang menularkan video insiden berkenaan di media sosial.
Ibu berkenaan, Jasma Rosli, 41, berkata, sebagai seorang manusia, semua tidak lari daripada melakukan kesalahan.
"Saya tiada masalah, kalau semua pihak nak bermaafan, Alhamdulillah dan saranan Yang Arif itu menjadi pengajaran kepada kita semua.
"Saya akui semua ini berlaku atas faktor ibu bapa juga, ia kecuaian saya sehingga menyebabkan dia membawa haluan sendiri," katanya ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding semakan pada Isnin.
Selepas peristiwa itu, Jasma berkata, terpulang kepada anaknya sama ada ingin terus menetap bersamanya dan datuk di Kuang, Rawang.
Tambah Jasma, dia memberi peluang untuk Daniel memilih jalan terbaik agar tidak lagi memberontak sebagaimana sebelum ini.
Daniel merupakan anak sulung daripada tiga beradik, tinggal bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai pada usia lapan tahun.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang remaja yang videonya dimandikan seperti jenazah tular dikenakan hukuman penjara10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas kesalahan mencuri wang di dalam tabung sebuah masjid di Kuang, Rawang.
Daniel yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Artikel asal ini disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 17 2022

"Saya tiada masalah, kalau semua pihak nak bermaafan, Alhamdulillah dan saranan Yang Arif itu menjadi pengajaran kepada kita semua," kata Jasma. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Imam mandikan remaja seperti jenazah tetap mahu letak jawatan
JAIS akan meneliti hasrat peletakan jawatan itu dalam semua aspek demi kebaikan bersama semua pihak.

Ibu remaja maafkan AJK masjid mandikan anak seperti jenazah
"Saya tiada masalah, kalau semua pihak nak bermaafan, Alhamdulillah dan saranan Yang Arif itu menjadi pengajaran kepada kita semua."