IPOH: Pemergian arwah suami, yang juga Bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria dan anak sulungnya, A. Abdul Hakim Mazhar, pada tahun lalu nyata meninggalkan rasa rindu mendalam kepada Allahyarham Puan Sri Ainon Abdul Ghani.
Walaupun tidak diungkap secara jelas, namun anak bongsu kepada bekas Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi Harussani berkata tingkah laku ibunya itu jelas dilihatnya dan ahli keluarga lain sejak beberapa bulan sebelum ini.
“Ibu ada banyak kali bercakap dengan saya dan kakak-kakak bahawa ada nampak (seolah-olah bayangan) ayah di luar rumah. Ada kala ibu ada bertanya kepada kami sama ada ayah sudah bersiap atau tidak.
“Jadi, daripada situ kami adik beradik tahu yang ibu rindu dan teringatkan arwah ayah. Dan begitu juga abang saya yang merupakan anak sulung. Kita faham betapa akrabnya anak sulung dengan seorang ibu.
“Semasa hayatnya, ibu memang tidak pernah mengadu atau memberitahu bahawa beliau rindu akan mereka. Akan tetapi kami faham perasaan beliau melalui perbuatan dan percakapannya,” katanya.
BACA: Jenazah balu Harussani selamat dikebumi di sebelah pusara suami
BACA: Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia
BACA: Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
Ahmad Wafi ditemui pemberita selepas pengebumian ibunya, Allahyarhamah Ainon di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, dekat sini pada Khamis.
Allahyarhamah Ainon yang berusia 82 tahun meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang di Kinta Medical Centre di sini semalam, untuk mendapatkan rawatan akibat demam.
Pengebumian Allahyarhamah Ainon bersebelahan dengan pusara suami, Harussani, disifatkan Ahmad Wafi sebagai ketentuan Allah.
“Kami anggap ini sebagai satu hikmah kerana kami ada tanya kepada pihak masjid sama ada boleh atau tidak untuk dapat kebumikan jenazah ibu bersebelahan dengan pusara ayah. Alhamdulillah dapat.
“Kalau ikutkan, memang permintaan arwah ibu untuk disemadikan bersebelahan dengan pusara ayah. Ini kerana semasa saat-saat terakhir ayah, ibu tidak dapat bersama kerana disebabkan wabak COVID-19,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Wafi, mengakui berasa sedih kehilangan tiga ahli keluarga dalam tempoh masa terdekat, namun tetap tabah dan reda dengan pemergian insan tersayang.
Katanya lagi, sebelum ini ibunya pernah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat namun semakin pulih dua tahun lalu selepas menerima rawatan.
Namun, dia berkata tahap kesihatan arwah ibu semakin merosot sejak dua bulan lalu sehingga hanya boleh mengambil makanan menerusi saluran tiub.
“Dua hari sebelum itu, ibu mengalami demam dan pada masa sama tahap oksigen dan tekanan darah makin turun. Jadi kami adik putuskan untuk bawa ibu mendapatkan rawatan di Kinta Medical Centre.
“Akan tetapi, tahap kesihatan ibu semakin merosot, tahap oksigen semakin rendah, begitu juga dengan kadar degupan jantung. Dan pada petang itu juga ibu menghembuskan nafas yang terakhir,” katanya lagi.
Media sebelum ini melaporkan Allahyarhamah Ainon pernah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan COVID-19 bersama suaminya, Allahyarham Harussani.
Namun, Allahyaham sudah beransur pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Mei 2021.
Allahyarham Harussani dan Ainon mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Harussani, 82, meninggal dunia pada 30 Mei 2021 diikuti anak sulung mereka, A. Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia akibat wabak berkenaan pada Ogos tahun lalu.
Seorang lagi anak lelaki mereka, Abdul Hakam meninggal dunia pada usia 24 tahun pada tahun 1994 setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menuntut di Mesir.
Amirrul Rabbani
Thu Feb 24 2022

Allahyarham Harussani dan Ainon mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. - Foto Astro AWANI

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

'Ibu rindu pada arwah ayah' - Anak bongsu Allahyarham Harussani
Anak bongsu kepada bekas Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi Harussani berkata tingkah laku ibunya itu jelas dilihatnya dan ahli keluarga lain sejak beberapa bulan sebelum ini.