TAIPING: Seorang ibu sanggup menunggu di depan pintu sambil memegang parang bagi menghalang dua anaknya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika operasi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah Larut, Matang dan Selama, di sini, pada Sabtu dan Ahad.
Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Negeri Perak, A. Rueben berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit memujuk ibu berkenaan bagi membolehkan mereka menahan anaknya yang berumur 18 dan 20 tahun yang bersembunyi di dalam rumah.
Sementara dalam satu kes lain pula, katanya sebuah keluarga didapati 'bersekongkol' membuka pintu dengan lambat bagi menggagalkan tangkapan ke atas suspek yang memanjat bumbung untuk melarikan diri.
Menurutnya, dalam operasi itu, pihak AADK menahan 36 individu termasuk seorang tokan dadah serta turut merampas dadah jenis morfin.
“Seramai 40 orang ditahan dan hasil ujian saringan awal air kencing, tiga suspek positif dadah jenis ganja, 22 orang positif dadah jenis syabu, 10 positif dadah jenis morfin, lima lagi didapati negatif dan dibenarkan pulang manakala seorang ditahan atas kesalahan memiliki dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kesemua 36 suspek yang ditahan adalah warga tempatan berusia antara 16 hingga 56 tahun.
Reuben berkata, dalam tempoh itu juga, AADK merampas 55.29 gram dadah jenis morfin yang keseluruhannya bernilai antara RM800 hingga RM1,000 mengikut harga pasaran gelap.
“Semua tangkapan yang positif ujian saringan awal air kencing akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 pindaan 1998, manakala suspek yang didapati memiliki dadah telah diserahkan pada pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.
Reuben berkata, usaha untuk membanteras penagihan dan pengedaran dadah di kawasan Larut, Matang dan Selama akan diperhebatkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman kawasan berkenaan
Beliau menasihatkan orang awam agar sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak AADK kerana ia penting dalam membantu proses memulihkan seseorang penagih dadah.
“Jika sikap begini terus ditonjolkan oleh keluarga mahupun waris, ia agak sukar bagi seseorang penagih dadah pulih seterusnya mekanisme penagih untuk membela dan mempertahankan kesalahan diri terus kuat kerana sikap keluarga berkenaan yang terus menerus mempertahan suspek,” tambahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 28 2021

Kesemua 36 suspek yang ditahan adalah warga tempatan berusia antara 16 hingga 56 tahun. - Foto ihsan AADK

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Tragedi ‘water rafting’: Ikram sempat hantar video kepada ibu sebelum lemas
Seorang mangsa tragedi 'water rafting' di Sungai Jahang, Gopeng, sempat menghantar rakaman video kepada ibunya menunjukkan keadaan paras air sungai yang tinggi.

Ibu hubungi sekolah sebelum serangan tembakan di Georgia
Ibu kepada suspek Colt Gray yang berusia 14 tahun, meminta kaunselor sekolah untuk segera mencari anaknya.

'Arwah mak selalu pesan supaya kerap ziarah orang susah' - Sanusi
"Arwah mak pesan selalu ziarah orang susah," demikian kongsi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai pesanan ibunya Meriam Ahmad, 74, yang meninggal dunia hari ini.

Ibu simbah anak air panas kerana tonton video lucah dipenjara 3 tahun
Seorang wanita dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang menonton video lucah di telefon bimbit.

Ibu kanak-kanak tembak guru mengaku bersalah
Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan salah laku menyimpan senjata api secara cuai terhadap Deja Taylor.

Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska
Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di aplikasi WhatsApp sejak Rabu memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska di sekitar Kota Kinabalu.

Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM Anwar
Anwar mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.

'Genap seminggu pemergian mama' - Irma Hasmie kehilangan ibu tercinta
Pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.