KUALA LUMPUR: Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila pasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan dua anak dan seorang menantunya di rumah mereka di Desa Tasik, Sungai Besi di sini pada Khamis kerana terlibat dengan dadah.
Ketua Pegawai AADK Daerah Cheras, Mohd Ridhwan Mohd Rodzmi berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ketika kesemua mereka sedang leka menghisap dadah.
Beliau berkata, kesemua yang diberkas berumur 27 hingga 38 tahun.
"Ketika serbuan dilakukan, ibu suspek yang menghidap kencing manis kronik tidak dapat menahan sebak apabila pasukan AADK menahan ketiga-tiga mereka di rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut menahan beberapa lagi individu yang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
"Kita turut merampas dadah disyaki syabu seberat 0.4 gram dan menahan dua suspek kerana dipercayai memproses serta menjual air ketum di kedai memproses santan kelapa di Taman Ikan Emas, Cheras.
"Sebanyak 40 bungkus plastik lut sinar berisi cecair yang dipercayai mengandungi air ketum dengan anggaran 15.1 liter turut dirampas," kata beliau.
Menurutnya, kesemua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Cheras.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998," katanya.
Berita asal: Ibu sebak lihat anak, menantu ditahan kerana dadah
Sinar Harian
Fri Apr 30 2021

Antara suspek yang ditahan AADK dalam serbuan yang dilakukan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Ibu sebak lihat anak, menantu ditahan ketika leka ambil dadah
Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ketika kesemua mereka sedang leka menghisap dadah.