SUNGAI PETANI: Ibu kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta pengetua tadika pada Selasa terkilan kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu kematian anaknya.
Nor Azira Abd Halim, 36, berkata dia hanya diberitahu anaknya yang berusia 3 tahun 11 bulan itu tidak sedarkan diri dan diminta datang ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
"Bila saya sampai, suami hanya telefon kata pergi hospital terus. Saya pun bergegas balik.
"Bila saya balik, suami kata pergi terus ke hospital. Mereka tak beritahu apa-apa dekat saya.
"Saya sampai hospital, saya tak tahu apa-apa. Cuma saya hairan kenapa ramai yang bagi laluan suruh saya masuk, sampailah saya nampak arwah atas katil Unit Forensik dah kena balut.
"Masa itu baru saya tahu anak saya dah tak ada.
"Wajah dia macam tidur, tapi naluri ibu, saya dapat rasa yang dia sakit sampai dia mati.
"Saya dapat rasa air muka dia tu sebab bibir dia gelap," kata Nor Azirah.
Nor Azirah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Menurut Nor Azira, anaknya telah mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, tiada sebarang reaksi perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar bekerja lepas subuh semalam, Nor Azirah melihat anaknya masih tidur dan meninggalkan anaknya disiapkan nenek untuk ke tadika.
Jelas ibu kepada tiga anak itu, sebelum ini, petugas tadika menjemput anaknya setiap pagi.
Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya menjemput anaknya pada Selasa dan Rabu sahaja. Selebihnya, dia sendiri akan menghantar anaknya kerana bekerja pada hari tertentu sahaja.
Menurut Nor Azira, anak bongsunya itu seorang yang ceria di rumah, namun agak pendiam apabila berada di sekolah.
Nor Azirah dalam pada itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin selepas selesai bedah siasat.
BACA: Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan lebih 4 jam dalam kereta pengetua
BACA: Pengetua tadika direman tiga hari bantu siasatan kes kanak-kanak mati dalam kereta
Astro Awani
Wed Mar 17 2021
![Ibu terkilan tidak dimaklumkan kematian anak dalam kereta pengetua Ibu terkilan tidak dimaklumkan kematian anak dalam kereta pengetua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615958884_NorAziraAbdHalim.jpg)
Nor Azira berkata dia hanya diberitahu anaknya tidak sedarkan diri dan diminta datang ke hospital. - Foto Astro AWANI
![Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739443078_GooglePembelajaranM.jpg)
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
![Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739443925_tbrasuahAnggotapo.jpg)
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
![Banjir: Kanak-kanak lelaki berusia setahun maut ditemukan lemas di Tumpat Banjir: Kanak-kanak lelaki berusia setahun maut ditemukan lemas di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Banjir: Kanak-kanak lelaki berusia setahun maut ditemukan lemas di Tumpat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Tumpat.
![Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723094503_pengasuhdireman.jpg)
Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari
Seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman selama enam hari.
![Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456851_FisolSallehjpg.jpg)
Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
![Suspek kes keropok beracun direman enam hari Suspek kes keropok beracun direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720665538_tbSUSPEKKESKEROPO.jpg)
Suspek kes keropok beracun direman enam hari
Tahanan reman ke atas pekebun itu bagi membantu siasatan membabitkan kematian kanak-kanak selepas disyaki makan keropok beracun.
![Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712354993_muhammadabeelqaiz.jpg)
Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk
Muhamad Abil Qaiz dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan susulan di ICU HUSM Kubang Kerian.
![Mahkamah tangguh jatuh hukum pengasuh taska cuai Mahkamah tangguh jatuh hukum pengasuh taska cuai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690948514_Pengasuhdidakwa.jpg)
Mahkamah tangguh jatuh hukum pengasuh taska cuai
Mahkamah menangguhkan ketetapan fakta dan hukuman terhadap seorang pengasuh taska atas dua pertuduhan bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua bayi, Mac lalu.
![Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656844369_CuacaPanas.jpg)
Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan
Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
![Kanak-kanak 11 tahun maut, mangsa pertama strok haba Kanak-kanak 11 tahun maut, mangsa pertama strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682644731_Kanakkanakmangsa.jpg)
Kanak-kanak 11 tahun maut, mangsa pertama strok haba
Muhamad Syamil Aqil dikatakan meninggal dunia jam 9.27 pagi Selasa semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
!['Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan' 'Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672126463_KamarulZamanMamat.jpg)
'Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan'
Polis mengesahkan berlaku penderaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima di ICU, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Isnin.
![Seorang kanak-kanak maut, 7 cedera dalam insiden tembakan di Chicago Seorang kanak-kanak maut, 7 cedera dalam insiden tembakan di Chicago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630989998_ChicagoTembakan.jpg)
Seorang kanak-kanak maut, 7 cedera dalam insiden tembakan di Chicago
Polis tawar ganjaran US$9,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.