Seorang ibu tidak menyangka telah terlanggar anaknya sendiri sewaktu mengalih keretanya di kawasan parkir.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, ibu mangsa Rasikha Nik Nayan, 47, ingin mengalih keretanya dari kawasan parkir di rumah pengasuh di Kampung Lahar dekat Jitra, Kedah.
Bagaimanapun mangsa, Umairah Salaiman, 3, secara tiba-tiba meluru ke arah hadapan kereta lalu dilanggar ibunya.
Akibat pelanggaran itu, mangsa terperosok ke bawah kereta.
Ketua Polis daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Ketika kejadian, ibu mangsa dilaporkan baru tiba di rumah itu untuk mengambil anak bongsu daripada empat beradik itu dari rumah pengasuh sekembalinya dari tempat kerja di Hospital Jitra.
Ketika itu dia tidak menyedari bahawa dia terlanggar anaknya yang berada di hadapan kereta.
Setelah menyedari terlanggar anaknya, dia terus membawa mangsa ke unit kecemasan Hospital Jitra, namun anaknya disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba.
Abd Rahim berkata, ibu mangsa yang masih trauma bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangannya diambil.
Jenazah kanak-kanak itu kemudian dituntut selepas bedah siasat dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Lahar kira-kira jam 11 malam tadi.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Astro Awani
Mon Feb 09 2015

Dalam kejadian itu, ibu mangsa Rasikha Nik Nayan, 47, ingin mengalih keretanya dari kawasan parkir di rumah pengasuh di Kg Lahar dekat Jitra.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera, bunuh kanak-kanak tiga tahun
Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, yang meninggal dunia di Hospital Jitra, semalam.

Bomba bantu hospital pindahkan pesakit obesiti berat 300kg
Khidmat ehsan bomba terus digerakkan ke Hospital Jitra sebaik menerima panggilan jam 9.52 malam tadi.

Kereta terbakar, pemandu nyaris maut dalam kemalangan di Jitra
Kedua-dua mangsa berusia 60-an berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang awam yang melalui jalan itu ketika kejadian.

Tersepit dalam kemalangan babitkan dua kenderaan
Bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pada petang Ahad.

Tiga sahabat nyaris maut kereta terhumban dalam belukar
Tiga sahabat nyaris maut apabila kereta kereta Perodua Myvi yang dinaiki terhumban ke dalam belukar selepas terbabas.

Pelajar UUM maut kemalangan kereta bertembung lori
Seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) maut dalam kemalangan jalan raya pada petang Isnin.

Cina pun 'masuk jawi'
Debaran berkhatan turut ditempuhi seorang lelaki berusia 31 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alex.

Nahas ketika pulang kenduri kahwin, 2 pelajar Polimas maut
Dua penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra maut selepas kereta yang dinaiki bersama tiga lagi rakan terbabas ke dalam parit.