SHAH ALAM: Platform digital Idea Bina Negara (IBN) yang membolehkan golongan belia mengemukakan idea dan inspirasi ke arah pembangunan negara telah menerima lebih 12,000 pandangan daripada anak muda seluruh negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau amat berbesar hati kerana penyumbang idea terbesar adalah dalam kalangan belia berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun iaitu sebanyak 57.9 peratus.
"Dalam usaha memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap belia dan anak muda dengan memastikan luahan suara mereka sentiasa didengari dan diberikan perhatian.
"Ini kerana anak-anak muda mempunyai idealisme yang sangat penting kerana mereka didedahkan idea-idea yang lebih progresif yang diperoleh melalui input internet sama ada dari dalam mahupun luar negara," katanya pada Majlis Perasmian IBN 2022 di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata data dan maklumat yang diperoleh menerusi IBN itu akan membantu kerajaan dalam menyediakan inisiatif dan insentif yang bersesuaian untuk golongan anak muda.
Beliau berkata kerajaan sememangnya memerlukan sokongan padu golongan belia dan anak muda untuk membangunkan Malaysia dan beliau percaya inisiatif platform digital IBN telah membuka ruang kepada seluruh anak muda untuk menyalurkan idea dan menyuarakan permasalahan kepada kerajaan.
"Saya yakin, dengan mengambil cakna terhadap suara, solusi, dan aspirasi anak muda kepada kerajaan, kita mampu untuk bersama-sama menjayakan agenda besar pemulihan negara," kata beliau.
Ismail Sabri berkata analisis teks menggunakan teknologi kepintaran buatan menunjukkan idea yang diajukan melalui aplikasi IBN bersifat positif dan membina dengan sebanyak 12 peratus anak muda menyuarakan tentang isu politik dengan menyentuh aspek kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan amat prihatin terhadap isu peluang pekerjaan yang menghantui golongan anak muda masa kini dengan 46.2 peratus hanya memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Sehubungan itu, perdana menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk perantis lepasan sekolah dan graduan yang membenarkan majikan untuk menggaji pekerja berusia 18 hingga 30 tahun dengan menyediakan insentif berjumlah RM900 sebulan.
Beliau berkata kerajaan turut memperkenalkan pelan pembiayaan berjumlah RM150 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional dan Agrobank khusus untuk golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada sesi dialog awam sempena Majlis Perasmian Idea Bina Negara (IBN) 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Bersama bina negara, henti salahkan kerajaan
Tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, akan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat.
Perpaduan perlu dikukuhkan untuk membina negara yang progresif - Jeffrey Cheah
Jeffrey berpendapat, kepelbagaian yang ada merupakan kekuatan yang memperkayakan kita satu bangsa bukan sesuatu yang memecahbelahkan kita.
Makkal Sakti nafi Biro Tata Negara rasis
BTN sebenarnya mewujudkan platform yang sangat kondusif dan strategik untuk melaksanakan program-program Pembina Bangsa dan Negara.