KUALA LUMPUR: Polis belum dapat mendedahkan identiti ‘Mr H’ yang didakwa sebagai dalang rakaman video perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, identiti ‘Mr H’ juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.
“Identiti ‘Mr H’ masih lagi misteri kerana kita masih belum berjumpa dengan Wahab.
“Hanya Wahab sahaja yang boleh sahkan siapa ‘Mr H’. Apabila Wahab sudah sahkan, baru lah kita panggil secara positif, mengenal pasti 'Mr H',” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, pada Jumaat.
Mohd Shuhaily menambah, atas faktor keselamatan, polis juga tidak dapat mendedahkan maklumat individu yang didakwa ‘Mr H’.
“… dan bukan sahaja faktor keselamatan, malah dalam konteks siasatan itu sendiri, kita tidak mahu ia menjejaskan siasatan dan timbul lagi banyak spekulasi yang menyukarkan lagi siasatan,” katanya.
Setakat ini, katanya, polis telah merakam percakapan empat individu termasuk pengadu (Mohammad Agus), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, 'Mr H', serta seorang pekerja hotel bagi mengesahkan berlaku sidang media.
Dalam masa yang sama, beliau mengesahkan setakat ini Abdul Wahab belum hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Kita cuba mendapatkan beliau melalui peguamnya, dan kita cuba meyakinkan bahawa tidak ada isu keselamatan dan jika timbul, beliau kena beritahu kita apakah ancaman keselamatan itu.
"Kita sedia membantu dan menjamin keselamatannya untuk selesaikan kes ini," ujar beliau lagi.
Selain itu, Mohd Shuhaily memaklumkan, polis menunggu keputusan pakar berhubung hasil siasatan terhadap rakaman video yang didakwa telah disunting.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 24 2023

Mohd Shuhaily (kanan) berkata identiti ‘Mr H’ masih misteri kerana pihak polis belum dapat mengesahkan individu yang hadir memberikan keterangan adalah ‘Mr H’ seperti yang dimaksudkan oleh pengadu (Mohamad Agus dan Abdul Wahab).

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Identiti sebenar 'Mr H' didedah kepada umum esok?
Identiti sebenar 'Mr H' dijangka didedahkan kepada umum esok.

Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.

"Mr H" tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN
Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr

Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.

Polis siasat siapa 'Mr H'
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu.