Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.
FELDA dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, Idris mengambil alih tugas Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FELDA.
Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, yakin pengalaman dan kepimpinan Idris berupaya menerus serta mempercepatkan usaha pemulihan agensi terbabit.
"Kami yakin dengan pengalaman dan kepimpinan beliau, usaha pemulihan FELDA akan diteruskan dan dipercepatkan.
“Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Mohd Bakke di atas segala usaha dan sumbangan beliau semasa menyandang jawatan Pengerusi.
"Beliau amat komited dalam membawa pelbagai pembaharuan dan strategi pemulihan terutamanya dalam menjayakan pelan transformasi menerusi inisiatif Kertas Putih FELDA," katanya.
Untuk rekod, Idris merupakan ahli Parlimen Besut yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dari Julai 2015 hingga Mei 2018 dan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) dari 16 Mei 2013.
Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau termasuk sebagai Menteri Besar Terengganu (2004-2008), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Timbalan Menteri Usahawan (1995-1999) dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Beliau berkelulusan Ijazah Sains Sosial (ijazah kelas pertama) dari Universiti Sains Malaysia (1980) dan Ijazah Sarjana MBA dari University of New Haven, USA (1988). Beliau juga mempunyai kelulusan Bahasa Arab dari Universiti Jordan (1993-1994) dan kelulusan Pengurusan Lanjutan dari Universiti Harvard, USA (2001) dan INSEAD Perancis (2008).
Nursyazwani Saiful Sham
Sun May 10 2020

Idris mengambil alih tugas Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.

Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.

Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.

KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.

KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.

UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.

Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.