Bila disebut ikan buntal, umum pasti terbayang hidupan marin yang berduri serta memiliki racun yang boleh membawa maut, namun begitu ikan yang telah dikeluarkan racun boleh dimasak kari, asam pedas, panggang atau digoreng menjadi hidangan lazat.
Berkongsi pengalaman kepada Bernama, Dari Sait, 56, dari Kampung Manggut, Spaoh, berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.
"Membuang racun memerlukan teknik yang betul, di bahagian badan ikan tersebut ada racun di pembuluh darah. Telur ikan buntal juga sedap, di bahagian ini racun berada di selaput telur, selain membuang selaput telur menggunakan pisau, rebus bersama rebung juga dapat membuang racun di bahagian ini.
"Kawasan Spaoh memang terkenal dengan ikan buntal kuning. Kebanyakan penduduk di kawasan ini memang 'pakar' menyiang ikan (buang racun) seterusnya masak selera masing-masing," katanya.
Memakai sarung tangan mengelak duri di bahagian abdomen ikan buntal itu, penulis melihat sendiri kemahiran dimiliki wanita ini, yang mengambil masa tidak sampai seminit membuang racun di bahagian pembuluh darah ikan tersebut.
Menurut Pensyarah Jabatan Sains Akuatik Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Samsur Mohamad jika di Jepun masyarakat di sana makan ikan buntal untuk mencari rasa 'sensasi' ikan tersebut.
"Lepas kita makan tadi, ada rasa kebas kan, jika di Jepun rasa 'sensasi' itu dicari masyarakat di sana apabila makan ikan buntal," katanya.
Beliau berkata musim ikan buntal kuning bermula daripada April hingga Oktober setiap tahun di sepanjang Batang Saribas dengan Kampung Manggut, Spaoh, yang terletak berhampiran Batang Saribas antara kawasan tumpuan ikan tersebut.
Ikan buntal kuning segar dijual pada RM10 sekilogram, ikan buntal kering tiga ekor RM10, manakala telur ikan buntal kuning RM40 sekilogram, katanya.
Sementara itu, Mohd Remy Husin, 32, berkata ikan buntal ditangkap dua kali sebulan semasa musimnya menggunakan jaring atau dengan kaedah tangkap tradisional menggunakan alat dikenali sebagai 'sagang'.
"Apabila ikan buntal mulai masuk ke Batang Saribas, nelayan menangkap menggunakan jaring yang dipasang di bahagian tengah sungai.
"Sewaktu musim ikan buntal, hasil tangkapan mampu mencecah 180 kg, berbanding hanya sekitar lima hingga 10 kg di luar musim," katanya yang berpengalaman menangkap ikan tersebut sejak berusia 12 tahun.
Mohd Remy berkata selepas ikan buntal melepaskan telur untuk pembiakan di kawasan Tanjung Asam, Batang Saribas, ikan tersebut akan menjadi lapar, kali ini proses untuk menangkap perlu menggunakan kaedah 'sagang'.
"Selepas ikan buntal melepaskan telur, ikan tersebut akan menjadi lapar, nelayan di sini akan menangkap menggunakan sagang yang dihasilkan daripada besi kemudian diletakkan umpan ikan yu," katanya.
Menurut Dr Samsur berdasarkan kajian kawasan Batang Saribas menjadi tumpuan ikan buntal disebabkan faktor laluan sungai yang sempit, memiliki banyak tanjung yang terlindung dari arus laut dan sesuai untuk proses pembiakan.
"Apabila tiba musim mengawan, ikan buntal daripada kawasan pesisir akan mula akan memasuki Batang Saribas yang memiliki banyak kawsan tanjung serta keadaan di bawah sungai berpasir sesuai untuk melepaskan telur.
"Selepas proses ini selesai, induk ikan buntal akan balik semula ke kawasan pesisir pantai selepas meninggalkan benihnya, kita masih menjalankan kajian berapa lama tempoh diambil sebelum anak ikan buntal ini kembali semula ke pesisir pantai," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Dec 30 2018

Ikan yang telah dikeluarkan racun boleh dimasak kari, asam pedas, panggang atau digoreng menjadi hidangan lazat. --fotoBERNAMA

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.

Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat
Dari Sait, 56, dari Kampung Manggut, Spaoh, berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.