KUALA LUMPUR: Selamat bagi rakyat Malaysia untuk makan ikan buntal dari Jepun kerana peraturan keselamatan negara itu yang teliti dan ketat dalam aspek memprosesan dan pengeskportan produk ikan tersebut, sekali gus menjadikan ia sajian makanan laut yang selamat.
Individu yang menggemari hidangan ini seharusnya mengetahui bahawa di Jepun, hanya ikan buntal atau fugu yang diproses mengikut peraturan keselamatan ketat boleh diedarkan dan dieksport.
Ikan buntal Jepun diedar dan dieksport dari negara Matahari Terbit itu termasuk ke Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia, demikian menurut wakil Persatuan Fugu Antarabangsa Jepun Furukawa Yukihiro, kepada Bernama hari ini.
Kenyataan beliau mengenai ikan buntal dari Jepun selamat untuk dimakan ini berikutan rakyat Malaysia mungkin mengelak memilih ikan buntal susulan insiden dua warga emas dari Kluang yang meninggal dunia pada Mac lepas selepan makan hidangan ikan buntal.
Difahamkan, pasangan itu telah makan masakan berasaskan ikan buntal didakwa dibeli secara prapesanan daripada penjual tempatan.
Dilaporkan terdapat kira-kira 440 spesies ikan buntal di lautan dan sungai di dunia, tetapi ikan buntal kuning (Lagocephalus Lunaris) yang biasa ditangkap di perairan sekitar Malaysia adalah ikan yang sangat beracun. Bahagian ototnya juga beracun dan oleh itu ia bahaya untuk dimakan.
Di Jepun, berikutan langkah keselamatan penggunaan ikan buntal atau fugu, rakyat Jepun menikmati kira-kira 10,000 tan ikan buntal setiap tahun dengan selamat.
Mengulas lanjut mengenai piawaian keselamatan Jepun, Furukawa berkata kerajaan Jepun memutuskan perairan menangkap ikan, jenis dan bahagian fugu (isi, kulit, testis) yang sesuai untuk dimakan manakala kerajaan tempatan mengeluarkan lesen kepada mereka yang layak sebagai cef fugu.
Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah mengeluarkan langkah sanitasi untuk ikan buntal yang menetapkan spesies dan bahagian ikan buntal yang tidak berbahaya kepada kesihatan manusia melalui penyahracunan serta perairan dimana ikan itu ditangkap.
Pentadbiran Sanitasi Makanan Kementerian termasuk penubuhan piawaian berdasarkan Akta Sanitasi Makanan dan garis panduan bersatu untuk pemeriksaan dan panduan yang diikuti oleh kerajaan wilayahnya apabila memberi kebenaran untuk perniagaan pengendali makanan dan menjalankan pemeriksaan dan bimbingan di lokasi.
Pengenalpastian spesies dan bahagian ikan buntal dikuatkuasakan secara menyeluruh pada setiap peringkat proses ikan buntal, bermula daripada proses penangkapan ikan, pemborongan (pasaran), pemprosesan, pengedaran, memasak dan peruncitan.
Pengendali ikan buntal pula perlu mendapatkan kelayakan pengendalian ikan buntal, yang merangkumi keupayaan untuk mengenal pasti spesies fugu dan kemahiran mereka untuk membuang bahagian toksik menerusi peperiksaan.
Hanya pihak yang mempunyai kemudahan khas dengan kakitangan berkelayakan yang lulus peperiksaan akan dibenarkan memproses ikan buntal.
Furukawa berkata produk ikan buntal yang diproses dan telah melalui proses ketat seperti yang diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, adalah selamat untuk rakyat Malaysia menikmati hidangan ikan buntal import yang lazat seperti dari Jepun.
"Walaupun kita tidak mempunyai jumlah sebenar ikan buntal yang diimport dari Jepun ke Malaysia, jumlahnya dianggarkan seberat kira-kira satu tan setahun," katanya.
Beliau juga berkata bahawa kemampuan Malaysia untuk menawarkan hidangan lazat ikan buntal Jepun yang tradisional akan meningkatkan populariti negara ini dalam kalangan pelancong dan peminat makanan dengan pemahaman mendalamnya tentang budaya dan dan kepelbagaian makanan asing.
Orang kaya di seluruh dunia mengakui ikan buntal sebagai hidangan mewah, jadi terdapat juga manfaat ekonomi bagi restoran-restoran mewah, katanya.
Jika dibandingkan dengan ikan lain, ikan buntal mengandungi banyak asid amino dan kolagen, tetapi rendah kandungan lemak dan berotot, dengan mempunyai tekstur yang kukuh dan rasa yang segar walaupun digoreng dalam minyak.
"Ciri-ciri ini menjadikannya bahan yang ideal dalam masakan Melayu dan Cina yang mewah serta restoran Jepun," katanya.
"Kebanyakan kes keracunan makanan ikan buntal di Jepun disebabkan oleh individu yang memasak fugu yang ditangkap sendiri, oleh itu, Kerajaan Pusat Jepun dan kerajaan tempatan telah melancarkan kempen pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai larangan memasak ikan buntal secara amatur," kata Furukawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Individu yang menggemari hidangan ini seharusnya mengetahui bahawa di Jepun, hanya ikan buntal atau fugu yang diproses mengikut peraturan keselamatan ketat boleh diedarkan dan dieksport. -Gambar fail/Bernama

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.

Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit
Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.

Ikan buntal dari Jepun selamat dimakan - Persatuan Fugu Antarabangsa
Ikan buntal Jepun diedar dan dieksport dari negara Matahari Terbit itu termasuk ke Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia.

Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi
JKNJ juga kini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan kepakaran dari universiti tentang hal perundangan.

Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah
KKM dan LKIM digesa menguatkuasakan akta sedia ada dan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.

Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan
Sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal di Johor
Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal, tengah hari Sabtu lalu.

Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor.

Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat
Dari Sait, 56, dari Kampung Manggut, Spaoh, berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.

Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal
Seekor ikan buntal mengandungi cukup toksin untuk membunuh 30 manusia dewasa, dan tiada sebarang antidot yang berkesan setakat ini untuk menghentikan kesannya.