ALOR SETAR: Jika tiada aral melintang, esok umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa.
Seperti kelazimannya, menjelang bulan Ramadan, orang ramai akan mula membuat persiapan dan memikirkan apakah juadah yang akan disediakan untuk keluarga semasa berbuka dan bersahur.
Kebiasaannya juga, makanan kering, masin dan masam sentiasa menjadi pilihan untuk santapan bersahur sekeluarga.
Berikutan makanan kering sering dianggap pembuka selera untuk orang ramai menikmatinya pada waktu sahur, ia sekali gus meningkatkan jualan peniaga sekali ganda berbanding hari biasa.
Antaranya, ikan talang, senangin masam, gelama masin, ikan bilis dan udang kering.
Peniaga ikan kering di Pasar Kubang Rotan, Azmi Hussin, 60, memberitahu Astro AWANI, antara yang sering menjadi pilihan pelanggan di bulan Ramadan ialah ikan talang dan ikan tenggiri, selain ikan gelama dan ikan senangin.
Azmi mengakui, permintaan barangan jualannya itu sangat luar biasa berbanding hari biasa kerana rata-rata pengguna mahu menukar selera pada bulan Ramadan.
Bagi Siti Rashidah Hussain, 35, selera makan di bulan Ramadan agak berlainan dan pengambilan makanan berunsur kering menjadi pilihan keluarganya setiap kali bulan Ramadan tiba.
“Bila ada ikan masin, telur masin memang bangkit selera… ikan masin pula boleh masak macam-macam, jadi sesuai sangat untuk juadah di bulan puasa,” katanya.
Seorang lagi Bahrin Hamzah, 60, memberitahu, kebanyakan ahli keluarganya gemar memakan ikan masin memandangkan hidangan berdaging seperti ayam kurang mendapat tempat di bulan Ramadan.
“Kalau waktu sahur tidak ada ikan masin tak seronok, tak sempurnalah… ikan masin wajib ada. Saya akan simpan untuk makan sepanjang sebulan berpuasa,” jelas beliau.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 12 2021
Azmi Hussin menunjukkan antara ikan masin jualannya yang mendapat sambutan luar biasa menjelang sambutan Ramadan. - Gambar Astro AWANI
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Bersahur dan ikan masin berpisah tiada...
Orang Kedah terutamanya tidak pernah melupakan ikan masin sebagai pembuka selera di bulan puasa.
Ikan masin penambat selera bersahur
Makanan kering dan masin menjadi pilihan untuk juadah bersahur bagi sebilangan besar daripada kita.
PKP: Ikan kering, masin kurang dapat sambutan menjelang Ramadan
Tahun ini permintaan terhadap makanan itu kurang sambutan ekoran wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Ikan dijemur hanya ikan baja - Jabatan Perikanan Kedah
Ikan yang dikeringkan dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial pada Isnin dikatakan bukan untuk dijadikan ikan masin.
Tak mungkin, jemuran ikan kering Langkawi dipijak, dijamah anjing - Pengusaha bersuara
Ikan kering dihasilkan di Langkawi tidak lagi dijemur di bawah matahari.
Kekurangan sebagai OKU bukan penghalang untuk hidup
Ais krim Malaysia 50 sen dan ikan masin RM2 sepaket, menjadi modal seorang orang kelainan upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidupnya.