PETALING JAYA: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) diminta mempergiatkan lagi usaha melatih ahli-ahli koperasi terutama dari sudut pengurusan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
Beliau berkata perkembangan di dalam keupayaan gerakan koperasi menuntut kaedah tadbir urus koperasi yang lebih kompeten dan terancang.
"Saya telah meminta IKMa mengambil satu pendirian bahawa kita kena memberikan satu latihan kepada semua ahli koperasi berjumlah 7.34 juta di seluruh negara yang merangkumi 20 peratus penduduk Malaysia.
"Kita mempunyai anggaran lebih kurang 15,000 koperasi sedia ada di Malaysia. (Justeru) IKMa kena memainkan peranan sangat penting melatih bagaimana untuk berniaga dan menjalankan aktiviti yang mana penting bagi pengurusan koperasi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) MADANI 2024 di sini, pada Khamis.
Terdahulu di dalam ucapannya Ramanan berkata gerakan koperasi di Malaysia akan menjadi antara agenda keusahawanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menangani isu kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.
"Keupayaan gerakan koperasi telah meningkat selari dengan pertambahan jumlah dan anggota koperasi yang baharu.
"Penglibatan koperasi dalam menerokai sektor bidang keberhasilan utama amat membanggakan seperti pelancongan, peladangan, kewangan, hartanah, peruncitan dan pemborongan. Namun begitu perkembangan ini memerlukan kaedah tadbir urus koperasi yang lebih kompeten dan terancang," katanya.
Sehubungan itu, Ramanan berkata KUSKOP akan sentiasa menyokong peranan IKMa demi mencapai jangkaan serta harapan rakyat terhadap agenda pendidikan koperasi.
Bagi menjayakan usaha itu, beliau turut meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) membantu menyediakan bantuan biasiswa dan pinjaman boleh ubah kepada penuntut-penuntut Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).
Sementara itu, Ramanan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) mengucapkan tahniah kepada ahli Perlimen Batu P. Prabakaran yang dilantik sebagai pengerusi MITRA yang baru berkuat kuasa semalam.
Beliau berharap Prabakaran dapat meneruskan kesinambungan yang ditinggalkannya selain turut dapat bekerjasama baik dengan Kementerian Perpaduan Negara yang bertanggungjawab mengendalikan MITRA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Ramanan pada sidang media selepas majlis perasmian Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) MADANI 2024 di Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Jalan Templer. - Foto BERNAMA
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
ANGKASA anjur Kongres Koperasi Kebangsaan selepas 55 tahun
Selepas kali terakhir diadakan pada 1969, Kongres Koperasi Kebangsaan akan kembali dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) buat kali ketiga pada 23 Jun ini.
IKMa perlu giat latih ahli koperasi - Ramanan
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) diminta mempergiatkan lagi usaha melatih ahli-ahli koperasi terutama dari sudut pengurusan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
UKKM tawar potongan 50 peratus yuran kepada kumpulan pelajar pertama
Kewujudan UKKM menjadi pelengkap peranan sedia ada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai sebuah institusi pendidikan koperasi.
UKKM mula operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).