KOTA BHARU: Persatuan Ekologi Malaysia (PEM) menggesa Kerajaan Negeri Kelantan supaya mengikut panduan Kerajaan Persekutuan dalam merancang dan menguruskan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sedia ada.
Presiden PEM Prof Dr Ahmad Ismail berkata pemantauan status hutan dan kajian tentang kesan ekologi hutan di negeri Kelantan mesti dilakukan sebelum sebarang tindakan pembersihan hutan dilakukan.
"Hasil kajian akan memberikan peluang kepada Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan insentif jangka panjang dan pendek dalam menyimpan hutan untuk kepentingan kepelbagaian biologi negara.
Perlindungan dan pemuliharaan Harimau Malaya, Gajah Asia dan lain-lain hidupan liar seperti seladang, beruang madu dan lain-lain tumbuhan unik yang mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk kerajaan pusat," katanya kepada Bernama, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan cadangan perubahan kepada pelan pembangunan yang berkaitan dengan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di negeri ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata pembersihan hutan untuk pertanian bukanlah satu-satunya cara meningkatkan ekonomi negeri.
Malah menurut bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) itu, bencana yang bakal di terima nanti mungkin lebih merugikan negeri dan memberi masalah kepada penduduk dalam jangka panjang.
"Kerajaan Persekutuan juga mesti segera membantu dalam kajian untuk melihat semula status KSAS untuk kepentingan sumber air dan kepelbagaian biologi, perubahan iklim dan kemungkinan bencana alam.
Persempadanan semula KSAS mungkin diperlukan memandangkan kepada keadaan hutan yang semakin mengecil dan kesan konflik manusia-hidupan liar semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata memandangkan hutan di negeri Kelantan sangat penting dalam menyokong rangkaian ekologi hutan untuk kawasan legar hidupan luar, kajian perlu disegerakan dengan penglibatan pihak korporat dalam menyokong simpanan karbon dan pemuliharaan hidupan liar dengan pengawasan pihak NRECC.
Kerajaan Negeri Kelantan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke-22/2020 pada 21 Okt 2020 memutuskan supaya kawasan HSK, kecuali kawasan punca air atau tadahan air, tidak lagi diklasifikasikan sebagai KSAS.
Pelaksanaan keputusan itu masih dalam peringkat draf Pengubahan Rancangan Pemajuan di Kelantan, iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Kelantan sedang melaksanakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam mulai 11 Okt 2023 hingga 11 Nov 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023

Pembersihan hutan untuk pertanian bukanlah satu-satunya cara meningkatkan ekonomi negeri. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Ikut panduan Kerajaan Persekutuan dalam merancang KSAS di Kelantan - PEM
Persatuan Ekologi Malaysia (PEM) menggesa Kerajaan Negeri Kelantan supaya mengikut panduan Kerajaan Persekutuan dalam merancang dan menguruskan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sedia ada.