JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi berasingan di sekitar daerah Mersing, Batu Pahat dan Johor Bahru pada Isnin hingga Rabu lepas.
Pengarah JIM negeri Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi itu melibatkan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu dan unit penguat kuasa cawangan Batu Pahat serta Mersing.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan maklumat awam berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebanyak 37 premis termasuk rumah kedai dan restoran telah diperiksa.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 39 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, 25 lelaki dan tujuh wanita Indonesia, tiga lelaki Thailand, tiga lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, dua lelaki India serta dua lelaki dan seorang wanita Sri Lanka, berumur dalam lingkungan 19 hingga 54 tahun.
"Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang merupakan pemilik restoran di Batu Pahat turut ditahan dalam operasi terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rusdi berkata kesemua warga asing yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
"Manakala, lelaki tempatan itu ditahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi PATI.
"Justeru, kita akan menggiatkan lagi usaha penguatkuasaan bagi membanteras isu kebanjiran PATI dan akan mengenakan tindakan tanpa kompromi terhadap PATI, majikan dan pemilik premis yang menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan permit yang sah," katanya.
Pada masa sama beliau turut menyeru PATI yang berkelayakan untuk menyertai Program Repatriasi Migran, bertujuan untuk mereka pulang ke negara asal secara sukarela yang akan tamat pada 31 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Mohd Rusdi berkata operasi itu melibatkan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu dan unit penguat kuasa cawangan Batu Pahat serta Mersing. - Gambar JIM Johor
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.