SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) menggempur sebuah lokasi dipercayai penempatan haram seluas 0.3 hektar (2,705 meter persegi) berhampiran hutan di Taman Bandar Senawang dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah berkenaan Kennith Tan Ai Kiang berkata seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa dalam serbuan kira-kira tiga jam bermula 1 pagi dengan 11 daripadanya ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata antara kesalahan dikenal pasti adalah mengikut Seksyen 6 (1)(c) iaitu tidak mempunyai pas dan dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1) (c) iaitu tinggal di negara ini melebihi masa.
"Mengikut maklumat, mereka telah tinggal di kawasan ini lebih lapan tahun dengan dilengkapi sumber air dan bekalan elektrik yang dipercayai dicuri selain turut bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri. Lokasi ini pernah diambil tindakan pada 2009 namun kini makin berkembang.
"Secara keseluruhan, mereka adalah pekerja buruh binaan. Kita percaya kawasan ini dahulunya tempat tinggal pekerja pembinaan dan selepas habis projek, mereka masih tinggal di sini walaupun bekerja di kawasan pembinaan lain," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini awal pagi tadi.
Beliau berkata maklumat daripada mereka mengatakan bahawa penempatan tersebut disediakan majikan, namun risikan mendapati mereka turut menjadikan tempat tinggal itu sebagai transit kepada warga asing yang datang mencari kerja dengan caj RM50 semalam.
"Kita masih menyemak status tanah ini dan tindakan selanjutnya akan diambil termasuk merobohkan struktur premis sekiranya benar ia tiada kebenaran," katanya.
Dalam pada itu, Tan berkata ketika serbuan terdapat warga asing yang cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota operasi namun berjaya ditahan.
Jelasnya, mereka yang menghuni premis tersebut dianggarkan seorang sebilik dengan keadaan penginapan agak padat dan kotor selain ada individu dalam kalangan mereka yang bertindak sebagai ketua di penempatan itu.
"Pintu masuk ke perumahan ini ada palang dan pagar yang ditutup pada waktu malam, ada lokasi yang kita terpaksa pecahkan rantai pada pintu untuk masuk ke dalamnya dan kawasan ini agak tersorok walaupun ada perumahan berdekatan," katanya selain tidak menolak kemungkinan ada penempatan sama di kawasan lain.
Sementara itu, beliau berkata kesemua yang ditahan akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, di sini untuk siasatan dan tindakan susulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Keadaan penempatan warga asing yang diserbu di Taman Bandar Senawang. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.

Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat
Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.

AS kecam komen 'melulu, mengapi-apikan' menteri Israel
AS mengecam sekeras-kerasnya komen beberapa menteri Israel yang mendesak untuk mewujudkan semula penempatan haram di Semenanjung Gaza.

Penempatan, kebun PATI digempur
Terdapat warga asing yang cuba bersembunyi hampir 30 minit di kawasan semak sebelum berjaya dijumpai dan merayu agar tindakan tidak diambil.

Imigresen kenal pasti 9 penempatan haram PATI sekitar KL
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur telah mengenal pasti sembilan penempatan haram pendatang tanpa izin yang didirikan di sekitar ibu negara.

EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat
Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, menurut pejabat ketua dasar luar EU Josep Borrell.

Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.

67 warga Indonesia ditahan, penempatan haram lengkap dengan sekolah dibongkar
Kawasan penempatan itu tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel perluas penempatan haram
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk membina lebih 3,000 unit penempatan baharu di wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

13 rakyat Palestin cedera diserang tentera Israel di Tebing Barat
Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin yang menyertai protes terhadap penempatan haram, dilaporkan cedera akibat keganasan tentera Israel, di utara Tebing Barat.