KUALA LUMPUR: Lima belas wanita warga asing adalah antara 22 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras dekat sini, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira 7 malam.
Beliau berkata wanita terbabit terdiri daripada 11 warga Thailand, tiga Vietnam dan seorang Indonesia manakala tujuh lelaki yang ditahan merupakan penyelia dan pengurus di premis berkenaan.
"Tiga pelanggan dan pekerja hotel yang berada di lokasi pula diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Kegiatan itu dijalankan di tingkat tiga hotel berkenaan manakala bilik-bilik didaftar menggunakan nama warganegara tempatan yang disyaki bertindak sebagai penjaga bagi wanita-wanita itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hanya pelanggan yang dikenali dibenarkan untuk melanggan khidmat pelacuran yang ditawarkan bagi mengelak ia dihidu pihak penguat kuasa, dan kegiatan itu dipercayai dijalankan atas pengetahuan pihak pengurusan hotel terbabit.
Khairul Dzaimee berkata perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga dari RM230 hingga RM500 bagi tempoh masa selama 45 minit dengan separuh bayaran diambil oleh majikan dan selebihnya merupakan tip untuk wanita berkenaan bagi setiap pelanggan.
"Pelanggan terlebih dahulu memilih wanita warga asing yang ingin dilanggan melalui aplikasi 'WeChat', 'Telegram' atau 'LINK' dan bayaran perlu dilakukan kepada penjaga atau penyelia terlebih dahulu di lobi hotel sebelum diberikan nombor bilik wanita yang ditempah," katanya.
Beliau berkata turut dirampas semasa serbuan itu, beberapa keping kondom, minyak pelincir, kad akses bilik, Kamera Litar Tertutup hotel dan telefon bimbit bagi membantu siasatan.
"Kesemua tahanan akan dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan atas pelbagai kesalahan.
"Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
![Imigresen tahan 22 individu terlibat kegiatan pelacuran di Cheras Imigresen tahan 22 individu terlibat kegiatan pelacuran di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624450571_PELACURHOTEL.jpg)
Siasatan JIM mendapati perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga RM230 hingga RM500. - Gambar/ Jabatan Imigresen Malaysia
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kalau nak tunggu hari tua pun tidak boleh” - YB Tasek Gelugor
Ahli Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan kerajaan membuat dasar pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bantuan ke Gaza meningkat, tapi masih tertangguh - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa aliran bantuan ke Gaza meningkat sejak gencatan senjata bermula bulan lalu, termasuk barangan seperti khemah yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Israel.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
RM30 juta geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kolaborasi antara pihak kementeriaan, persatuaan , NGO dan penggiat industri yang minat dengan karya agung negara boleh membantu usaha memperlihatkan kecantikan karya agung negara di mata dunia.
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] Kerajaan belum beri lesen tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat baharu untuk laksana perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor Fasa Pertama.
"Gugurkan bom nuklear dan biarkan semuanya berakhir" - penduduk Gaza
"Kami tidak akan meninggalkan Gaza" , itu tegas seorang penduduk Gaza, Manal Al-Khaldi, yang menemani anaknya untuk menjalani rawatan di Mesir.
![Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739336540_RaulAsencio.jpg)
Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio
Rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio untuk menamatkan siasatan terhadap peranannya dalam skandal video penderaan seks kanak-kanak ditolak oleh mahkamah Sepanyol.
Rakyat Gaza tolak rancangan Trump
Penduduk Gaza dengan tegas menolak rancangan Donald Trump untuk menempatkan semula mereka di luar wilayah itu.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
![Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723264215_RapeGeneric.jpg)
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
![Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725359919_ebitlew.jpg)
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
![Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729686180_mangsaeksploitasis.jpg)
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
![Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721735377_tbEksploitasiseksua.jpg)
Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta.
![Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711442581_Gurudidakwaperdaga.jpg)
Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan kepada seorang guru dengan menggantung tugasnya untuk sementara selepas individu tersebut didakwa memperdagangkan seorang wanita.
![Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710807508_tbVelezSarsfieldpl.jpg)
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
![Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks
Ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.
![Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673251392_TanSriTengkuMaimu.jpg)
Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
![Kelahiran anak luar nikah membimbangkan Kelahiran anak luar nikah membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620186127_baby.jpg)
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
![Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677755723_KetuaPolisDaerahP.jpg)
Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih
Selepas hampir 10 bulan, seorang gadis bawah umur yang dilarikan kekasihnya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah stor besi buruk.