IPOH: Tuduhan sesetengah pihak kononnya perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata tuduhan sedemikian adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan kerana penjawat awam di kementeriannya sentiasa memberikan khidmat yang terbaik dengan penghasilan pelbagai dasar seperti Dasar Perumahan Negara, Dasar Rumah Mampu Milik dan program-program perumahan holistik untuk rakyat di negara ini.
"Penjawat awam telah berkhidmat dengan cemerlang sejak dari pentadbiran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke hari ini. Sinergi penjawat awam dan anggota pentadbiran telah melahirkan pelbagai dasar, program dan pelan-pelan tindakan telah dihasilkan demi kepentingan rakyat.
Niat untuk menjemput pakar-pakar dari negara luar termasuk Singapura dalam sesi seminar dan bengkel adalah bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam bidang perumahan agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan dan relevan dengan perkembangan semasa," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal televisyen media yang mendakwa pegawai kerajaan yang mengendalikan aspek perumahan awam negara tidak cukup kepakaran sehingga terpaksa mengimport pakar dari Singapura.
Nga berkata libat urus bersama agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi melalui lawatan mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan delegasi ke negara jiran itu untuk memahami perancangan dan penyediaan perumahan terutamanya dalam perumahan sosial.
Katanya, Dasar Perumahan Negara sedia ada yang dibangunkan pada masa ini merupakan hasil kerjasama kementerian itu bersama pakar perumahan dalam negara seperti Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), para akademik, penganalisis hartanah.
"Tidak salah untuk kita menambah baik dasar sedia ada berdasarkan amalan terbaik supaya polisi yang dirangka lebih komprehensif dan praktikal dilaksanakan mengikut acuan Malaysia," katanya.
Nga menarik perhatian, Malaysia melalui kementerian itu turut telah melaksanakan pelbagai kerjasama yang serupa dengan pelbagai negara lain selain Singapura, seperti Australia berkaitan pemajuan perumahan swasta dan akta sewaan kediaman dan India pula dalam pembangunan bercampur swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Kata Nga, tuduhan sedemikian adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan kerana penjawat awam di kementeriannya sentiasa memberikan khidmat yang terbaik.- Fail/Astro AWANI

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

'Import' pakar perumahan Singapura bukan bermakna Malaysia lemah- Nga Kor Ming
Tuduhan sesetengah pihak kononnya perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.