KUALA LUMPUR: Imuniti dan keistimewaan Ahli Parlimen semasa berucap atau berbahas pada sesi persidangan Dewan Rakyat masih terbatas di bawah peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut pakar politik serta perlembagaan.
Mereka berkata wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan untuk menghasut semasa berucap atau berbahas kerana ia adalah perkara yang dilarang sebagaimana digariskan secara terperinci oleh Perlembagaan Persekutuan.
Bercakap kepada Bernama, pakar perlembagaan Profesor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti dan dilindungi ketika berbahas di Dewan Rakyat namun mereka perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau berkata hukuman penggantungan Ahli Parlimen Perikatan Nasional Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan disifatkan sebagai wajar kerana telah bertindak secara tidak profesional dan menyalahi tatakelola disiplin dan peraturan mesyuarat.
"Keistimewaan diperoleh Ahli-Ahli Parlimen di bawah perlindungan imuniti Parlimen tidak bermaksud mereka diberikan kebebasan sepenuhnya semasa berbahas di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
"Beliau sepatutnya tahu tetapi kenapa masih menggunakan hujah tanpa fakta yang sah dalam perbahasan? Bagi saya, ini bukanlah salah guna imuniti tetapi Wan Ahmad Fayhsal lebih kepada menyalahi tatacara sebagai seorang Ahli Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penggantungan Wan Ahmad Fayhsal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula semalam susulan dakwaannya mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Sebelum itu, usul berkenaan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah diluluskan melalui undi belah bahagi.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan bahawa 110 Ahli Parlimen bersetuju manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan selepas ia dibahas oleh beberapa wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.
Wan Ahmad Fauzi berkata setiap Ahli Parlimen mempunyai batasan tertentu iaitu tidak menyentuh perkara sensitif di bawah fasal (4) Perkara 10 yang boleh menjadi suatu kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 jika membuat sesuatu kenyataan yang cenderung menghasut.
Penganalisis politik Mujibu Abd Muis pula berkata semua Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk memenuhi mandat yang menuntut mereka menjadi penggubal undang-undang dan dasar negara secara profesional serta konstruktif demi kepentingan masyarakat.
Bagaimanapun, pada pengamatan beliau perkara itu tidak dicerminkan di Dewan Rakyat apabila terdapat segelintir Ahli Parlimen menggunakan persidangan sebagai 'pentas politik' dan bukannya untuk berbahas mengenai perkara-perkara penting yang melibatkan rakyat.
"Ada sesetengahnya lebih banyak berpolitik daripada menjadi seorang ahli legislatif dan tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk berbahas dengan baik sebaliknya lebih kepada untuk mendapatkan petikan suara politik untuk populariti sahaja.
"Sudah tiba masa kita melihat kepada kualiti Ahli Parlimen. Mereka juga perlu insaf, bermuhasabah dan sedar bahawa mereka itu berada di Parlimen atas kapasiti sebagai wakil yang membawa suara rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Reaksi Wan Ahmad Fayhsal ketika mendengar usul tentang penggantungan beliau daripada sidang Parlimen susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan MAHB, di Bangunan Parlimen, 18 Julai 2024. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.

Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.

Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.

Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar
Wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan untuk menghasut semasa berucap atau berbahas.

Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.

Qunut Nazilah bukan untuk perbalahan politik - Saifuddin Nasution
Tindakan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat dilihat melampaui batas dan perlu ditolak rakyat.

Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.

Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.