SPRM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan minat itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Duta India Ke Malaysia, B.N. Reddy ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
"Kunjungan yang berlangsung kira-kira satu jam turut memberi fokus kepada pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik mengenai isu rasuah antara kedua-dua negara.
"Azam dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan atas minat pihak Reddy dan mengalu-alukan perkongsian pengalaman serta berhasrat untuk meningkatkan penglibatan SPRM dengan organisasi antarabangsa," menurut hantaran itu.
Azam juga berharap hubungan itu dapat dizahirkan dengan peluang penganjuran program pada masa akan datang membabitkan kedua-dua negara.
Selain itu, beliau turut menyatakan kesediaan SPRM untuk mengadakan kerjasama bersama termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dengan agensi antirasuah dari India.
Hantaran sama juga memaklumkan Reddy menyambut baik cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan SPRM khususnya dalam aspek latihan dan perkongsian kepakaran dalam bidang teknologi.
- BERNAMA