KUALA LUMPUR: Hala tuju Taman Perindustrian Bersepadu Kerian dan indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat antara dua isu yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Persoalan mengenai halatuju Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dibangkitkan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Beliau mahu penjelasan sejauh mana KIGIP ini meningkatkan pelaburan domestik yang selari dgn pelan halatuju peralihan tenaga tetapi dalam masa yang sama perlu mengimbangi keperluan kawasan berdekatan seperti masalah bekalan air di Seberang Perai Selatan.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid pula meminta minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah yang digerakkan pada Mac 2024.
Beliau bertanya program yang telah dilaksanakan kerajaan berdasarkan dapatan dari indikator baharu terbabit.
Sementara itu, dalam sesi soal jawab lisan menteri, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah tindakan yang diambil kementerian untuk menyelaraskan proses bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri untuk penjanaan kredit karbon daripada hutan Malaysia.
Turut dibangkitkan perancangan terkini dan tindakan susulan kementerian setelah menjalankan lawatan ke LRA Bukit Selambau seperti yang diketahui projek ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan melalui geran kepada kerajaan negeri Kedah memandangkan fenomena super El Nino ini memberi impak kepada sumber air.
Perkara ini dibangkitkan Ahli Parlimen Merbok kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Selain itu Ahli Parlimen Semporna, Datuk Mohd Shafie apdal turut meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang lebih menyeluruh dan berkesan bagi menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Selepas sesi soal jawab lisan, Parlimen akan meneruskan sesi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) untuk bacaan kali pertama.
Antaranya RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (pindaan) 2024, RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (pindaan) 2024 dan RUU Ratacara Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (pindaan) 2024.
Mesyuarat kedua, penggal ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
Astro Awani
Tue Jul 02 2024

Mesyuarat kedua, penggal ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. - Foto fail/BERNAMA
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.