KUALA LUMPUR:Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19 khususnya di hospital swasta.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama memberitahu secara amnya, risiko berkaitan pandemik tidak dilindungi di bawah mana-mana pelan insurans dan takaful di seluruh dunia.
"Pengecualian itu berpunca daripada kesukaran menetapkan harga untuk perlindungan berkaitan peristiwa seperti pandemik yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup termasuk impak dan kos yang tidak dapat diduga. COVID-19 adalah pandemik; oleh itu ia tidak diinsuranskan/dilindungi di bawah manfaat insurans/takaful perubatan serta kesihatan.
"Bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada keperluan segera negara semasa peringkat awal pandemik pada 2020, majoriti penginsurans hayat dan pengendali takaful telah menyediakan manfaat tambahan seperti pendapatan hospital harian yang akan dibayar kepada pemegang polisi/pemegang sijil yang terjejas," kata persatuan itu.
LIAM, PIAM dan MTA berkata industri itu menyokong perlindungan kepentingan pemegang polisi/pemegang sijil dan menyumbang kepada kejayaan perkongsian swasta serta awam dalam memenangi perjuangan menentang pandemik itu.
Industri ini, kata mereka, telah bertindak pantas dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai langkah bantuan bagi membantu pemegang polisi/pemegang sijil menghadapi kesan kewangan daripada pandemik berkenaan.
Ini merangkumi penangguhan premium polisi/caruman takaful yang telah memberi faedah kepada lebih sejuta pemegang polisi/pemegang sijil membabitkan premium/caruman bernilai lebih RM1.6 bilion.
Dana Ujian COVID-19 (CTF) sebanyak RM8 juta telah ditubuhkan pada Mac 2020 bagi membolehkan pemegang polisi insurans perubatan dan kesihatan menjalani ujian saringan COVID-19.
Di samping usaha industri secara menyeluruh, syarikat insurans dan pengendali takaful secara individu juga telah melancarkan pelbagai skim untuk membantu pemegang polisi/pemegang sijil, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
LIAM, PIAM dan MTA berkata industri itu menyokong perlindungan kepentingan pemegang polisi/pemegang sijil dan menyumbang kepada kejayaan perkongsian swasta serta awam dalam memenangi perjuangan menentang pandemik itu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
China lancar garis panduan pertama untuk insurans kenderaan tenaga baharu
Pemilik NEV telah lama bergelut dengan premium insurans yang tinggi dan risiko dinafikan perlindungan.
Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Ia antara tahun paling mahal dari segi kerugian akibat bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Langkah-langkah interim tangani kesan pelarasan premium akan dipantau untuk jamin keberkesanan
Pelaksanaan langkah-langkah interim bagi menangani kesan pelarasan premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) akan dipantau secara berterusan bagi menjamin keberkesanannya.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke
Anthony Loke berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada.
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.
Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'
10 tahun memperkasa rakyat Malaysia penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang inovatif dan patuh Syariah.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.