Syarikat penerbangan dijangka mengalami kerugian sebanyak AS$84.3 bilion (RM360 bilion) tahun ini dengan margin keuntungan bersih merosot kepada -20.1 peratus, manakala perolehannya akan turun kepada sebanyak AS$419 bilion (RM1.8 trilion), kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).
"Dari segi kewangan, tahun 2020 akan menjadi tahun terburuk dalam sejarah penerbangan.
"Secara purata, pada setiap hari tahun ini sebanyak AS$230 juta (RM982.3 juta) kerugian ditanggung industri tersebut. Secara keseluruhan, ia adalah kerugian AS84.3 bilion.
"Ini bermakna berdasarkan anggaran 2.2 bilion penumpang tahun ini, syarikat penerbangan akan kehilangan AS$37.54 (RM160.33) bagi setiap penumpang.
"Itulah sebabnya bantuan kewangan oleh kerajaan adalah sangat penting kerana syarikat penerbangan mengalami kerugian," kata Ketua Pengarah dan ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac dalam satu kenyataan.
Semua rantau diunjurkan akan mencatat kerugian tahun ini, Asia Pasifik mencatat kerugian bersih tertinggi iaitu sebanyak AS$29 bilion.
Beliau berkata kemerosotan tersebut mungkin akan berakhir kecuali tidak muncul gelombang kedua penularan COVID-19.
Perkara penting untuk pemulihan itu adalah pelaksanaan memulakan semula langkah-langkah yang dipersetujui dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi memastikan penumpang dan kru penerbangan selamat.
De Juniac berkata pengesanan kontak yang berkesan juga dapat memberi keyakinan kepada kerajaan untuk membuka pintu sempadan tanpa perlu melaksanakan langkah kuarantin.
"Ia bahagian penting dalam pemulihan ekonomi kerana kira-kira 10 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia adalah daripada pelancongan dan sebahagian besarnya bergantung pada perjalanan udara.
"Pemacu utama ekonomi adalah bagi menggalakkan orang ramai melakukan perjalanan udara semula dengan selamat."
Bagaimanapun, beliau berkata industri penerbangan dijangka akan pulih dalam tempoh yang lama dan ia sangat mencabar kerana faktor paras hutang, kecekapan operasi, kemelesetan ekonomi dan keyakinan.
"Orang ramai akan mahu melakukan perjalanan udara semula dengan syarat mereka mempunyai keyakinan terhadap keadaan kewangan peribadi mereka dan langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan pengembara.
"Tiada jalan penyelesaian yang berkesan untuk pulih akibat daripada penularan COVID-19 tetapi rancangan ICAO menggariskan keharmonian global.
"Penting bagi industri dan kerana mengikutinya agar pengembara mendapat jaminan secara maksimum mengenai keselamatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

Syarikat penerbangan dijangka mengalami kerugian sebanyak AS$84.3 bilion (RM360 bilion) tahun ini dengan margin keuntungan bersih merosot kepada -20.1 peratus. -Gambar fail
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).