ISKANDAR PUTERI: Industri tanaman durian di negeri ini menunjukkan peningkatan positif dari aspek jumlah pengusaha tanaman, keluasan dan juga pengeluaran buah tersebut sejak dua tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Beliau berkata, dari segi keluasan tanaman pula, seluas 19,979.3 hektar direkodkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 20,275.6 hektar pada tahun lalu.
"Dalam tempoh sama, dari segi pengeluaran durian pula, sebanyak 138,945.5 metrik tan direkodkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 148,365 metrik tan pada tahun 2023. Ia telah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) negeri Johor iaitu 141,862 metrik tan menjelang tahun 2027.
"Negeri Johor juga merupakan pengeluar utama buah durian dan daerah yang paling banyak mengeluarkan durian adalah Tangkak," katanya ketika menjawab soalan lisan dari Ee Chin Li (PH - Tangkak) pada persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di sini, pada Rabu.
Zahari (BN- Buloh Kasap) berkata, dengan peningkatan positif tersebut, kerajaan berusaha untuk memperkasakan pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil durian bagi memastikan jaminan kuantiti dan kualiti buah dapat dikekalkan.
Menurutnya, ketika ini terdapat 39 pusat pengumpulan dan tujuh pusat pemprosesan durian yang diterajui oleh pengusaha atau syarikat swasta di negeri ini.
Beliau menambah, pada tahun lepas, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor merekodkan eksport durian melalui pintu keluar sempadan negeri Johor sebanyak 47.38 juta metrik tan.
Menurutnya lagi, di bawah FAMA Johor, terdapat sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan durian di Tangkak, namun ia berskala kecil.
"Pada tahun ini, kerajaan negeri berhasrat untuk menaiktaraf fasiliti dan teknologi pusat pengumpulan dan pemprosesan durian FAMA tersebut dan ia bakal menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan bagi durian-durian yang dikeluarkan di sekitar Tangkak, Muar dan Segamat.
"Sebelum ini, keupayaan pusat ini hanya mampu memproses dua metrik tan durian sehari dan penyimpanan hanya sebanyak 22 metrik tan isi durian dalam satu-satu masa. Dengan menaik taraf pusat ini, keupayaan memproses durian sejuk beku akan meningkat kepada anggaran sekitar 12 metrik tan sehari, 360 metrik tan sebulan dan 4,320 metrik tan setahun," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Kerajaan berusaha untuk memperkasakan pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil durian bagi memastikan jaminan kuantiti dan kualiti buah dapat dikekalkan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

KPKM rancang jadikan Orang Asli penggerak tanaman durian berskala besar - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam perancangan menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai antara penggerak utama bagi penanaman durian berskala besar di negara ini.

Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.