Tiga penyerang rakyat Rusia dikenal pasti sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov manakala seorang lagi warga Ukraine, Leonid Kharchenko.
Berikut info ringkas mengenai kesemua penyerang:
Igor Girkin
- Tarikh lahir: 17 Disember 1970 (49 tahun)
- Tempat lahir: Moscow, Rusia
- Warganergara: Rusia
- Jawatan pada 2014: Menteri Pertahanan Republik Rakyat Donetsk (NDR)
- Nama samaran: Strelok
- Bekas ketua pemberontak
- Bekas ejen Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) yang mempunyai kaitan dengan beberapa konflik proksi Rusia
- Bekas pegawai risikan Rusia

Sergey Dubinsky
- Tarikh lahir: 9 Ogos 1962 (57 tahun)
- Tempat lahir: Neskuchnoe, Soviet Ukraine
- Warganegara: Rusia
- Jawatan pada 2014: Ketua Pengarah Kakitangan Am Persekutuan Angkatan Tentera Rusia (GRU NDR)
- Nama samaran: Khmury
- Bekas pegawai risikan Rusia
- Bertanggungjawab menyelaras pengangkutan pembawa peluru berpandu ke tapak serangan
- Terlibat dalam menghantar kembali misil Buk ke Rusia selepas menjatuhkan MH17
- Laporan penuh menunjukkan Dubinsky juga mengarahkan beberapa individu bawahannya untuk melindungi misil di utara Snizhne
- Memainkan peranan penting dalam membuat keputusan menembak jatuh MH17
Oleg Pulatov
- Tarikh lahir: 27 Julai 1966 (53 tahun)
- Warganegara: Rusia
- Jawatan pada 2014: ketua Jabatan Kedua GRU DNR dan anggota bawahan Sergey Dubinsky
- Nama samaran: Gyurza dan Khalif
- Bekas Kolonel Leftenan Angkatan Bersenjata Rusia
- Bukti baharu laporan penuh membuktikan Pulatov sebagai dalang yang terlibat dalam melindungi peluru berpandu di tapak pelancaran Snizhne
Leonid Kharchenko
- Tarikh lahir: 10 Januari 1972 (47 tahun)
- Tempat lahir: Kostyantynivka, Soviet Ukraine
- Warganegara: Ukraine
- Jawatan pada 2014: Ketua batalion Jabatan Kedua GRU NDR sejak 6 Julai. Sebelum itu, beliau adalah komander di tempat asalnya di Kostyantynivka
- Terlibat mendapatkan pelancar peluru berpandu Buk di tapak pelancaran Snizhne
- Menyelaras pengangkutan Buk dari Donetsk ke tapak pelancaran dan seterusnya menghapuskan Buk dari tapak serangan di Rusia