JELI: Nilai kompaun RM10,000 yang bakal dilaksanakan 11 Mac depan hanya dikenakan ke atas individu yang mengulangi kesalahan serta mencetuskan penyebaran wabak COVID-19.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kompaun dengan nilai berkenaan bukannya dikenakan bagi semua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Timbul soalnya adakah tidak serik ke dengan RM1,000 ini atau macam RM5. Bagaimana itu satu, pesalah berulang, orang degil sebab dia kaya, dia hendak buka pusat hiburan. Sekali buka 4-5 jam keuntungan dia RM20,000, RM30,000. Apalah RM1,000, mereka buat lagi.
“Anak buah saya berapa ramai yang ditawarkan (rasuah). Biarkan ini dadah, banyak hendak disebarkan. Mereka yang kena orang macam ini, yang jadi sasaran polis hendak naikkan kompaun RM1,000 ke RM10,000. Mereka yang degil rentas negeri bawa kluster, ini akan kena RM10,000. Bukan disasarkan kepada semua,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dekat sini hari ini.
Selain itu beliau berkata mereka yang dikenakan kompaun itu turut diberikan peluang untuk merayu pengurangan dari Kementerian Kesihatan.
Kompaun itu bukan bersifat kejam dan pihak polis juga mempunyai pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun.
Katanya lagi berdasarkan modul yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan serta kebimbangan peningkatan kes mendadak, kompaun berkenaan wajar dinaikkan bagi menggambarkan betapa seriusnya peningkatan kes.
Muhafandi Muhamad
Sat Feb 27 2021
Menurut Abdul Hamid, kompaun dengan nilai RM10,000 bukannya dikenakan bagi semua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP). - Gambar fail
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.
'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.
Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.
KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.
Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.
Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.
Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.
Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.
DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).
Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan
JPVPP keluarkan enam kompaun antara 19 Feb dan 30 April ke atas ladang unggas yang melakukan kesalahan berkaitan masalah lalat dan berenga.