KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan usaha memperkukuh sistem kesihatan awam negara mestilah dibuat bermula sekarang, untuk membolehkan kementeriannya menangani masalah-masalah kesihatan awam bagi tahun mendatang.
Beliau berkata ini selepas mengambil kira pengajaran daripada COVID-19 serta kemungkinan berlaku pandemik lain pada masa hadapan.
"Kita tahu bahawa pandemik COVID-19 bukan hanya satu-satu pandemik yang akan dihadapi oleh manusia dan kita bakal menghadapi banyak lagi pandemik. Ini (pandemik COVID-19) bukanlah pandemik terakhir," katanya.
Oleh itu, katanya transformasi yang mengguna pakai konsep penjagaan kesihatan berasas nilai mesti diterapkan di peringkat hospital supaya dapat menghasilkan penyelesaian kesihatan yang diingini.
"Menerusi langkah ini kita akan dapat memahami nilai pelaburan yang perlu dilabur dan dengan itu, kita percaya perbelanjaan akan menjadi lebih efisien di samping membolehkan kita meningkatkan kesamarataan ataupun kesaksamaan kesihatan dengan pelaburan yang berdasarkan penjagaan kesihatan berasaskan nilai," katanya pada sidang media selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.
Mengenai isu kekurangan bekalan ubat, Khairy berkata KKM sentiasa memantau perkara itu terutama melibatkan ubat yang mengandungi bahan aktif.
Beliau berkata berdasarkan semakan secara rawak yang dilaksanakan KKM baru-baru ini, didapati 85 peratus daripada 47 fasiliti kesihatan melibatkan hospital, klinik swasta dan premis farmasi komuniti mengalami sekurang-kurangnya satu jenis kekurangan ubat.
"Kebanyakannya adalah ubat yang digunakan untuk penyakit biasa seperti batuk, selesema, demam dan antibiotik untuk kanak-kanak," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat 16 Jun lepas, sebanyak 1,231 produk yang mengandungi bahan aktif telah dihantar kepada pemegang pendaftaran produk untuk mendapatkan maklum balas daripada segi ketersediaannya.
Beliau berkata mana-mana produk yang mengalami kekurangan telah dilaporkan kepada persatuan hospital dan sebagainya supaya mereka boleh mendapatkan ubat-ubatan alternatif.
"Kedua, seperti saya umumkan minggu lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) setuju meminjamkan ubat kepada fasiliti swasta yang tidak cukup bekalan ubat," katanya dan menambah situasi kekurangan bekalan ubat di Malaysia dijangka stabil pada bulan hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Khairy berkata, transformasi yang mengguna pakai konsep penjagaan kesihatan berasas nilai mesti diterapkan di peringkat hospital. - Gambar/ Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.