KUALA LUMPUR: HFMD, atau nama panjangnya penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh dua jenis virus di dalam kumpulan Enterovirus.
Majoriti jangkitan HFMD adalah disebabkan jenis virus terbitannya iaitu Coxsackie A16 yang mendatangkan gejala ringan seperti demam dan ruam yang melepuh pada tempat berkenaan serta ulser di dalam mulut.
Lazimnya penyakit ini menyerang kanak-kanak dan menurut Pakar Pediatrik, Imunologi & Alergi, AMDI, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Intan Juliana Abd Hamid, sekiranya kelihatan gejala seperti disebutkan itu, langkah pertama yang boleh diambil ibu bapa adalah mengisolasikan anak tersebut di rumah.
Katanya, perkembangan kesihatan anak yang dijangkiti perlu dipantau untuk 10 hari dari hari pertama simptom dikesan.
“Kalau nampak tanda-tanda itu, jangan hantar anak ke nurseri sebab nanti akan terus merebak ke orang lain, juga pada masa sama penting untuk mengamalkan kebersihan tahap tinggi di rumah.
“Pastikan basuh tangan dengan bersih bersama sabun setiap kali selepas kendalikan anak, beri makan, bermain dengannya, terutamanya selepas menukar lampin serta pastikan jangan berkongsi peralatan peribadi macam tuala, sudu, garfu, pinggan dan mangkuk,” katanya.
Ini kerana jelas beliau, penyakit ini mudah berjangkit secara sentuhan rapat melalui cecair tubuh seperti air liur dan bahan buangan.
Barangan yang disentuh oleh anak yang dijangkiti juga perlu kerap disanitasi dan dibasuh untuk membunuh kuman yang sudah berpaut pada objek seperti pakaian, alat permainan, perabut dan sebagainya.
Katanya lagi, sekiranya kesihatan anak dilihat tidak menunjukkan perkembangan positif atau semakin merosot, segeralah bawa berjumpa doktor.
Ini kerana ada satu lagi virus iaitu jenis EV71 yang boleh menyebabkan manifestasi jangkitan HFMD lebih berat iaitu merebak hingga ke otak dan jantung seterusnya berupaya menggagalkan fungsinya lalu membawa maut.
“Jadi tanda-tanda yang ibu bapa perlu segera bawa anak berjumpa doktor: Pertama, kalau suhu badannya melebihi 38 darjah Celcius berterusan selama 48 jam. Kedua, apabila anak itu semakin lemah kerana tidak makan dan minum akibat ulser dalam mulut yang semakin teruk, dan ketiga, kalau anak itu pandangannya kelihatan tidak bermaya.
“Apatah lagi kalau sudah kena sawan, tak perlu tunggu lagi,” ujarnya lagi.
Tonton temu bual bersama Dr. Intan dalam program Agenda AWANI, di sini:
Israr Khalid
Thu May 19 2022

Virus HFMD merebak melalui cecair tubuh, air liur juga najis. - Foto fail

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.

45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.

Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.

HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).